State Assembly | Dewan Undangan Negeri | Geografi | Tiada | Tiada |
member of State Legislative Assembly | ahli Dewan Undangan Negeri | Undang-undang | Tiada | Tiada |
state election | pilihan raya Negeri | Undang-undang | Tiada | Pemilihan umum yang diadakan bagi memilih ahli Dewan Undangan Negeri. |
Chief Minister | Menteri Besar atau Ketua Menteri | Undang-undang | Tiada | Ketua eksekutif negeri yang dilantik atas keyakinan majoriti Dewan Undangan Negeri. |
Election Commission | Suruhanjaya Pilihan Raya | Undang-undang | Tiada | Badan yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang diberikan tanggungjawab untuk menjalankan pilihan raya ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri serta menyediakan dan menyemak daftar pemilih. |
conduct of elections | perjalanan pilihan raya | Undang-undang | Tiada | Cara dan tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang bagi Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. |
constitutional amendment | pindaan perlembagaan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Satu proses untuk mengubah dan menyesuaikan undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara berdasarkan keadaan dan perkembangan semasa. Perlembagaan biasanya dipinda dengan tujuan untuk menambah atau memansuhkan sesuatu peruntukan yang dianggap tidak sesuai dengan keadaan semasa dan keperluan rakyat. Pindaan Perlembagaan hanya boleh dibuat di Parlimen bagi peringkat persekutuan dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi peringkat negeri. Dalam konteks Malaysia, berdasarkan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda melalui empat cara iaitu, (i) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja, (ii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak, (iii) Dengan kelebihan suara dua pertiga dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen dan (iv) Dengan kelebihan suara biasa dalam tiap-tiap satu sidang Parlimen. |
review of constituency | kajian semula bahagian pilihan raya | Undang-undang | Tiada | Proses mengkaji semula pembahagian Persekutuan dan Negeri kepada bahagian-bahagian pilihan raya. 1. Pada lat tempoh tidak kurang daripada lapan tahun antara tarikh siapnya satu-satu kajian semula dengan tarikh bermulanya kajian semula yang kemudiannya. 2. Apabila dibuat undang-undang untuk menerima masuk mana-mana Negeri ke dalam Persekutuan. 3. Apabila diubah bilangan ahli bagi Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri. |