Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dé.wa.sa] | ديواس

Definisi : (déwasa) 1. sudah baligh, sudah berumur 21 tahun ke atas, sudah cukup besar: orang ~ dikenakan bayaran masuk yg lebih tinggi drpd kanak-kanak; 2. sudah cukup besar (bkn binatang, tumbuh-tumbuhan, dsb): lipas yg sudah ~ berwarna perang kehitam-hitaman; 3. pd masa, pd ketika, pd waktu: adat spt itu tidak sesuai lagi dgn keadaan ~ ini; 4. ki sudah banyak pengalaman dan penge­ta­hu­annya, matang: kini Malaysia telah mula ~ dan telah pun melalui berbagai-bagai pengalaman dan peristiwa selama dua puluh tahun ia tegak sbg sebuah negara merdeka; mendewasa menjadi dewasa: ia dilahirkan dan ~ pd zaman perang; mendewasakan 1. menjadikan dewasa (ma­nusia, binatang, dsb), membesarkan; 2. men­jadikan dewasa atau matang (pemikiran, pengalaman, dsb): Razman lebih suka hidup di laut, meluaskan pengalaman dan pan­dangannya sambil ~ fikirannya; kedewasaan perihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi men­capai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya; pendewasaan 1. perihal atau proses men­dewasakan (membesarkan dsb), pem­besaran: proses ~ ovari itu terkawal (benda hidup) oleh hormon-hormon yg dikeluarkan oleh ovari dan kelenjar lain; 2. perihal atau proses mendewasakan (pemikiran, pe­nga­laman, dsb), pematangan: ~ sastera bererti ke­pel­bagaian tema yg diterokai dan ke­pelbagaian aliran teknik dlm penulisannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dé.wa.sa] | ديواس

Definisi : /déwasa/ 1 (pd) masa; (pd) ketika: Pakaian spt itu sudah tidak sesuai lagi ~ ini. 2 sudah cukup besarnya atau sudah berumur lebih drpd 21 tahun: orang ~ orang yg sudah berumur 21 tahun atau lebih. 3 (sudah) banyak pengalaman dan pengetahuan; sempurna fikiran; matang: Walaupun umurnya sudah tiga puluh tahun, tetapi dia masih belum ~. mendewasakan menjadikan dewasa. kedewasaan keadaan dewasa; kematangan (fikiran). pendewasaan perihal mendewasakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewasa

Peribahasa

Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.

Bermaksud :

Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman. (Bandingkan dengan: Bau cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun, sudah hendak berumah tangga).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adult suffragehak undi dewasaSains PolitikPolitik PerbandinganHak mengundi yang diberikan kepada individu yang telah menjangkau umur tertentu seperti 18 tahun atau 21 tahun. Hak mengundi dewasa pada asalnya tidak wujud tetapi berkembang daripada tradisi demokrasi Athens sejak tahun 500 SM. Pada ketika itu, hanya golongan bangsawan yang memiliki hak mengundi namun selepas era revolusi perindustrian, hak ini lelah meluas ke segenap lapisan masyarakat. Di Malaysia, hak undi dewasa bermula apabila individu tersebut telah mencapai umur 21 tahun.
bulllembu jantan dewasaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan yang sudah mencapai umur sesuai untuk membiak yang dikhususkan kepada lembu. Umur lembu jantan dewasa yang sesuai digunakan sebagai baka ialah dua tahun.
bull selectionpemilihan lembu jantan dewasaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pemilihan haiwan bagi dijadikan baka induk untuk pembiakan. Pemilihan lembu jantan dewasa ini berdasarkan baka dan keturunan serta bentuk badan atau konformasi.
rambiri-biri jantan dewasaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan jantan yang sudah mencapai umur yang sesuai untuk membiak, dikhususkan kepada biri-biri. Umur biri-biri jantan dewasa yang sesuai digunakan sebagai baka ialah 14 bulan.
bradycardiabradikardiaHerbaFitoterapiDegup jantung yang perlahan dan dicirikan oleh kadar denyutan yang rendah, iaitu bawah 60 denyutan seminit bagi orang dewasa. Denyutan jantung normal bagi orang dewasa adalah antara 60 hingga 100 denyutan seminit.
masterdewasa matangSukanLumba BasikalKategori pelumba yang berumur 30 tahun dan ke atas.
seniordewasaSukanLumba BasikalPelumba yang berumur antara 19 hingga 30 tahun.
adult emergencekemunculan dewasaPertanian OrganikTanaman Makanan-
young adulthoodawal dewasaKejururawatanTiadaTempoh umur antara 25 hingga 35 tahun.
puberfoniapuberfoniaSains KesihatanTiadaSuara lelaki dewasa yang seperti suara kanak-kanak lelaki belum baligh, iaitu suara belum pecah.
123456

Kembali ke atas