Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dewasa ini


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
epidemiologyepidemiologiBiologiEkologiCabang perubatan yang berhubung dengan penyakit-penyakit kulit. Di antaranya termasuklah kajian tentang alahan terhadap penyakit-penyakit kulit dewasa ini yang banyak dikaitkan dengan pencemaran, sama ada pencemaran air ataupun pencemaran udara.
overallsoveralKesenianTiadaSeluar teguh daripada fabrik denim berbib di dada dan bertali bahu yang bersilang di belakang, dikancing dengan cangkuk, gelung dan butang logam di hadapan. Asalnya dipakai oleh petani, tukang kayu dan tukang cat. Dewasa ini diubah suai sebagai pakaian ala sukan dan pakaian santai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
bib top pantsseluar bibKesenianTiadaSeluar teguh daripada fabrik denim berbib di dada dan bertali bahu yang bersilang di belakang, dikancing dengan cangkuk, gelung dan butang logam di hadapan. Asalnya dipakai oleh petani, tukang kayu dan tukang cat. Dewasa ini diubah suai sebagai pakaian ala sukan dan pakaian santai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
ant-nest beetlekumbang sarang semutBiologiEntomologiNama bagi beberapa kumbang kecil yang hidup di dalam sarang semut, misalnya kumbang berwarna perang kemerahan, Lomechusa strumosa yang hidup di dalam sarang semut api, Formica sanguinea. Larva serangga ini menyerupai semut sehingga diterima sebagai ahli koloni semut. Sesetengah larva ini berkongsi makanan dengan semut atau mungkin bertindak sebagai pembangkai, tetapi dalam kebanyakan kejadian, larva dan kumbang dewasa ini memakan larva semut.
adult resistanceketahanan dewasaBiologiPatologiKetahanan yang dikesan, atau ditunjukkan oleh perumah semasa peringkat dewasa. Ketahanan ini semakin nyata dengan meingkatnya umur perumah. Oleh yang demikian ada yang menyamakan dengan ketahanan lapangan kerana tanaman dewasa biasanya sudah dipindah ke lapangan. bd. ketahanan aktif.
maskmaskaBiologiEntomologiStruktur yang boleh mencengkam dan berengsel yang sepadan dengan labium dewasa. Struktur ini merupakan ciri khas pada nimfa pepatung.
morphogenesismorfogenesisBotaniTiadaPerubahan kuantitatif dalam perkembangan tumbuhan bermula daripada peringkat zigot sehingga membentuk pokok dewasa. Perubahan ini meliputi pembahagian dan perkembangan sel, perbezaan sel dan organ, perubahan laluan metabolik antara tisu, pemanjangan batang bagi sesetengah pokok yang dilindungi cahaya, perkembangan ciri daun yang terdedah atau terlindung daripada cahaya, perkembangan ciri daun yang terdedah atau terlindung daripada cahaya serta pengaruhan pembungaan dan kedormanan.
periosteumperiosteumPerubatanTiadaTisu perantara khusus yang menutupi semua tulang tubuh dan mempunyai keupayaan membentuk tulang. Pada orang dewasa, tisu ini terdiri daripada dua lapisan yang tidak dapat dibezakan dengan jelas; lapisan luar merupakan jaringan tisu perantara yang tumpat yang mengandungi pembuluh darah, manakala lapisan dalam pula terdiri daripada berkas kolagen yang tersusun longgar, tisu penghubung yang berbentuk gelendong dan jaringan serat yang nipis dan kenyal.
cloacal bursabursa kloakaVeterinarPraklinikalOrgan limfa yang terdapat pada anak burung. Bursa kloaka menjadi atrofi pada unggas dewasa. Organ ini menghasilkan limfosit B yang berperanan dalam keimunan. Bursa kloaka dahulunya dikenali sebagai bursa Fabricius.
minuteminuteBiologiGenetikMutasi pada Drosophila. Mutasi ini menghasilkan lalat dewasa heterozigot yang kecil dan mempunyai bulu pendek dan halus.
12345678910

Kembali ke atas