cued speech | tutur kiu | Sains Kesihatan | Tiada | Kaedah untuk mengenal pasti fonem dengan menggunakan isyarat tangan pada kedudukan yang berbeza, seperti di mulut, di dagu dan di leher. |
middle rhyme | rima tengah | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang ditemui di tengah baris, di antara suku kata dalam baris dan di hujung baris yang sama. Rima tengah juga terjadi apabila dua atau beberapa perkataan berima terdapat dalam satu-satu baris. Contohnya seperti dalam puisi berjudul �Patience� oleh W.S. Gilbert: Then a sentimental passion of a vegetabile fashion, Must excite your languid spleen, An attachment �a la Plato, for a bashful young potato, Or a not too French French bean! Contoh rima tengah dalam pantun empat kerat adalah seperti yang berikut: Pohon sena,cabangnya empat, Mari tebang waktu pagi; Kalau kena dengan makrifat, Burung terbang menyerah diri. |
black power | kuasa kulit hitam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Slogan yang menjelaskan tentang aspirasi masyarakat kulit hitam keturunan Afrika sama ada yang berada di Afrika atau di luar Afrika berhubung dengan persoalan kemandirian kebangsaan. Slogan ini menghuraikan kesedaran bersama secara positif di kalangan masyarakat berkulit hitam. Slogan ini juga menyeru semua masyarakat kulit hitam ulltuk mewujudkan satu identiti sepunya di kalangan mereka sebagai satu kelompok etnik, menegakkan budaya kulit hitam dan bekerjasama secara kolektif ke arah yang lebih progresif. Dari segi sejarah, slogan ini dipopularkan oleh seorang pejuang kulit hitam di Amerika Syarikat iaitu, Willie Ricks (sekarang lebih popular dengan panggilan Mukasa) di sekitar tahun 1960-an. Beliau merupakan ahli Parti Sosialis Masyarakat Afrika di Amerika Syarikat. Antara tokoh lain ialah Muhammad Ali, Martin Luther King dan Malcolm X. |
off-broadway | off-broadway | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan teater di auditorium yang terletak di luar kawasan Broadway, New York. Persembahan teater ini memaparkan karya baharu dan eksperimental. Kos persembahannya rendah dan biasanya tidak mempunyai jumlah penonton yang ramai. Persembahan teater Off-Broadway muncul sebagai reaksi kepada peningkatan kos persembahan di Broadway dan kekurangan panggung persembahan. Persembahan ini merosot selepas tahun 1930-an, tetapi kembali aktif ketika Perang Dunia Kedua. Pada masa ini, pementasan Off-Broadway merupakan salah satu kegiatan teater yang penting di Amerika Syarikat. |
Liturgical drama | drama liturgi | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang ditulis untuk upacara keagamaan di gereja. Persembahan drama liturgi popular pada Zaman Pertengahan , dipercayai berasal daripada teks nyanyian semasa upacara sembahyang di gereja. Pada peringkat permulaan, drama liturgi dipentaskan di Monasteri St, Benedictine di Perancis, Jerman, Switzerland dan Sepanyol. Drama liturgi berkembang pesat antara tahun 1950-1300 dengan pementasan cerita yang dipetik daripada Bible. |
arbitrage | arbitraj | Ekonomi | Tiada | Kegiatan membeli pertukaran asing, sekuriti, atau komoditi di satu pasaran dan menjualnya di pasaran lain secara serentak dengan harga yang lebih tinggi. Kegiatan ini berlaku kerana terdapat perbezaan harga antara dua pasaran. Kemudahan memindahkan mata wang melalui telegraf antara pusat perdagangan di Kuala Lumpur dengan pusat perdagangan di New York atau di London, membolehkan arbitraj terhadap mata wang dilakukan. |
infant mortality rate | kadar kemotalan bayi | insurans | Tiada | Jadual statistik yang menunjukkan kadar kematian sekumpulan orang di bawah paras umur 21 tahun atau di sesetengah negara, di bawah umur 18 tahun. |
overhead valve engine (OHV) | enjin injap atas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Enjin yang mempunyai injap yang dipasang di dalam kepala silinder, di atas kebuk pembakaran untuk menggantikan kedudukan injap yang terletak di dalam blok silinder. |
kitchen-sink drama | drama dapur | Kesusasteraan | Tiada | Drama realistik mengenai kehidupan pekerja kelas bawahan. Drama ini sering berlaku secara fizikal di dapur atau di tempat lain yang mengisahkan permasalahan rumah tangga. Drama dapur popular di England pada penghujung dekad 50-an. Antara contoh drama dapur ialah The Kitchen oleh Arnold Wesker. |
kelir | kelir | Kesusasteraan | Tiada | Tabir atau tirai dalam persembahan wayang kulit. Di atas tabir, di tayangkan patung untuk menghasilkan bayangannya. Kelir ialah ruang lakonan yang dapat disamakan dengan pentas dalam persembahan drama, tempat patung keluar masuk dari tepi, atas, dan bawah. Kelir juga membawa makna simbolik. Dalam wayang kulit Siam, dalang menganggap kelir sebagai dinding alam, tempat patung menjelma sebagai watak hidup. |