class III cavity | kaviti kelas III | Pergigian | Tiada | Sejenis klasifikasi kawasan kaviti oleh G.V. Black mengikut kejadian karies. Kaviti kelas III ialah kaviti di kawasan proksimal gigi anterior. Biasanya karies jenis ini terjadi di permukaan mesial atau distal gigi insisor atau kanin. Kaviti jenis ini biasanya direstorasi dengan bahan komposit. Lihat gambar. |
oculomotor nerve | saraf okulomotor | Perubatan | Tiada | Saraf kranium ketiga (III), membekalkan otot di sekeliling mata dan otot yang mengawal saiz pupil mata dan pergerakan bola mata. |
ح | ḥa | Agama Islam | Hadith | I. Singkatan kepada تأويل السند II. Singkatan perkataan Ḥadīth mengikut pandangan ulama di sebelah Maghrib. III. Singkatan kepada الحسن IV. Singkatan kepada al-Harith Ibn Abu Usamah yang menunjukkan Ḥadīth tersebut diriwayatkannya di dalam kitab Musnad al-Harith. |
gingival floor | lantai gingiva | Pergigian | Tiada | Kawasan kaviti di kotak proksimal yang bersebelahan dengan gingiva. Lantai gingiva ini terletak sama ada di atas atau di bawah paras gingiva bergantung kepada keluasan karies. Lantai kaviti adalah baik jika terletak di supragingiva kerana ini akan mengurangkan iritasi pada tisu gingiva. Jika lantai kaviti berada di paras subgingiva permukaan restorasi harus digilap supaya licin agar ia tidak menjadi punca iritasi kepada tisu gingiva. Lantai gingiva akan bertemu dengan lantai oklusi jika terdapat karies yang dalam di oklusi. Lantai gingiva terdapat dalam kaviti kelas II, III atau V. |
physisorption type V | penjerapan fizikal jenis V | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penjerapan fizikal molekul atau atom yang berlaku di atas permukaan mangkin yang serupa dengan penjerapan fizikal jenis III kecuali pemeluwapan rerambut di dalam liang berlaku pada tekanan relatif yang lebih tinggi. |
mong | mong | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul. Mong terdapat di Thailand dan di Malaysia. Mong terdiri daripada (i) sebiji gong berbusut yang tergantung, bersaiz besar dan dipukul dengan kayu pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan piphat di Thailand, (ii) sebiji gong berbusut yang bersaiz sederhana. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam rak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel wayang kulit Melayu di Malaysia dan di kawasan selatan Thailand, (iii) sepasang gong berbusut yang bersaiz kecil. Alat muzik ini diletakkan mendatar di dalam kotak kayu dan dipukul dengan pemukul yang berbalut. Mong dimainkan dalam ensembel menora dan wayang gedek di utara Semenanjung Malaysia dan di selatan Thailand. |
Georgian landscape | landskap zaman George | Landskap | Tiada | Landskap yang terdapat di England yang mempunyai petak-petak ladang ya ng lebih kecil ya ng di sempadani dengan tembok-tembok batu kering sebagai ciri utamanya. Landskap ini diperkenalkan pada zaman Raja George III. |
district administration | pentadbiran daerah | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pusat pemerintahan bagi sesuatu kawasan yang mempunyai sempadan tertentu di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri. Pejabat utama yang bertanggungjawab menjalankan pentadbiran di peringkat ini ialah Pejabat Daerah dan Tanah yang diketuai oleh Pegawai Daerah. Peringkat daerah merupakan peringkat bagi kebanyakan projek yang dirancangkan di peringkat Persekutuan dilaksanakan dengan bantuan Jabatan atau Agensi Persekutuan dan Negeri. Pegawai Daerah berperanan sebagai penyelaras aktiviti pembangunan di peringkat daerah merangkumi perkara-perkara berikut iaitu, (i) Mewujudkan keamanan dan ketenteraman, (ii) Memastikan pembangunan daerah dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan lain-lain serta (iii) Memastikan masyarakat di luar bandar menyertai kegiatan ekonomi moden. |
hydrometeor | hidrometeor | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Hasil pemeluwapan atau pemejalwapan wap air dalam atmosfera, baik yang terbentuk di dalam atmosfera bebs atau di permukaan bumi; juga zarah-zarah air yang diterbangkan oleh angin dari permukaan bumi. Hidrometeor dikelaskan menurut pelbagai cara. Contohnya seperti yang berikut: i. Zarah cecair atau pepejal yang terbentuk dan terampai diudara: misalnya, jerebu lembp, awan, kabut, kabut ais, dan kabus; ii. kerpasancair: misalnya, gerimis dan hujan; iii. kerpasan sejuk beku: gerimis sejukbeku dan hujan sejuk beku; iv. kerpasan pepejal: gentelan ais, hujan batu, gentelan salji,dan hablur ais. v. jatuhan zarah-zarah yang meluap sebelum sampai ke tanah virga; vi. zarah air sama ada cecair atau pepejal yang terangkat oleh angin dari permukaan bumi: salji layang, salji terbang, percikan terbang; vii. umpukan air sama ada cecair atau pepejal pada objek yang terdedah; embun, rime, ibun beku, dan ais jernih. |
regional association | kesatuan wilayah | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Sebuah badan dalam Pertubuhan Meteorologi Sedunia yang dianggotai negara-negara yang terletak di dalam suatu wilah geografi yang luas, seperti benua. Badan ini mengawal pelbagai peraturan meteorologi di wilayah tersebut. Terdapat enam kesatuan wilayah, iaitu Afrika, RA I; Asia, RA II; Amerika Selatan, RA III; Amerika Utara dan Tengah, RA IV; Pasifik Barat Daya, RA V; dan Eropah, RA VI. |