interface | antara muka | Kesenian | Tiada | Satu permukaan atau ruang yang menjadi sempadan bersama atau berhubung kait di antara dua objek atau ruang. Contohnya, ruang koridor yang menjadi sempadan bersama di antara dewan terbuka dengan sebaris bilik-bilik atau penggunaan sebatang besi tembaga sebagai pembahagi di antara dua kemasan lantai yang berbeza seperti lantai marmar dengan lantai kayu. |
clearance | ruang lega | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ruang di antara dua bahagian yang bergerak atau di antara bahagian yang bergerak dengan bahagian yang diam. |
voltage drop | voltan susut | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Beza keupayaan di antara dua titik yang diukur di antara kedua-dua hujung rintangan. |
air gap | sela udara | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ruang udara yang kecil di antara dua bahagian, misalnya ruang di antara elektrod pada palam pencucuh. |
near ultraviolet region | daerah ultralembayung dekat | Kimia | Kimia Analisis | Julat panjang gelombang sinaran elektromagnet di antara 200-400nm yang bersamaan dengan frekuensi di antara 1.5 x 1015-7.5 x 1014 Hz. |
genetic interaction mapping | pemetaan interaksi genetik | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah yang digunakan untuk memaparkan hubungan di antara gen-gen dan interaksi fizikal di antara protein-protein secara sistematik. Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti fungsi sesuatu gen baru dengan melihat bagaimana perlakuan gen mempengaruhi fenotip. |
near infrared region | daerah inframerah dekat | Kimia | Kimia Analisis | Julat panjang gelombang sinaran elektromagnet di antara 800-2500 nm yang bersamaan dengan julat frekuensi di antara 3.8 x 1014 – 1 x 1014 Hz. |
oil clearance | legaan minyak | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Ruang sempit di antara galas dengan aci. Legaan minyak boleh didapati di antara galas utama dengan jurnal aci engkol dalam enjin. Legaan yang biasa digunakan ialah antara 0.025 mm hingga 0.076 mm. Minyak pelincir dipam ke dalam ruang ini untuk melincirkan putaran aci engkol. |
tappet noise | hingar tapet | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bunyi bising yang disebabkan oleh hentaman di antara batang injap dengan lengan angguk atau pengangkat injap. Bunyi ini disebabkan oleh wujudnya kelegaan di antara komponen tersebut dan menjadi lebih kuat sekiranya kelegaan tapet ini melebihi spesifikasi yang ditetapkan. |
tappet noise | bising tapet | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bunyi ketukan yang disebabkan oleh ruang lega yang wujud di antara batang injap dengan lengan jumpelang, atau di antara batang injap dengan pengangkat injap. |