raster pattern | corak raster | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Corak yang dipaparkan di atas layar osiloskop, yang menunjukkan isyarat voltan pencucuh yang tersusun dari bawah ke atas di atas layar, menurut susunan aturan nyalaan enjin yang diuji. |
surfing | luncur ombak | Sukan | Tiada | Sukan atau aktiviti meluncur di atas ombak atau air dengan berdiri atau baring di atas papan luncur air. |
building line | garisan bangunan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | (1) Sempadan bangunan utama yang dipersetujui oleh pemaju dan pihak berkuasa tempatan di atas sesuatu tapak. (2) Sempadan yang mengehadkan pembinaan bangunan utama di atas sesuatu tapak yang ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. |
self-assembled monolayer | monolapisan swapasang | Fizik | Nanoteknologi | Permukaan yang terdiri daripada lapisan tunggal molekul di atas substrat yang disediakan dengan menambahkan larutan bahan molekul yang dikehendaki pada permukaan substrat dan membuang bahan yang terlebih. Penambahan larutan biasanya dilakukan dengan merendam substrat ke dalam larutan tersebut. Contohnya, lapisan alkana tiol di atas pemukaan emas, perak, kuprum, atau paladium. |
inscription | prasasti | Kesusasteraan | Tiada | Tulisan yang diukir di atas permukaan yang keras seperti batu, tanduk, dan gading. Contohnya, tulisan pada batu bersurat atau tulisan yang terdapat pada batu nisan, candi, tonggak bumi, dan menara. Prasasti diamalkan sebelum kertas digunakan sebagai bahan tulisan. Dalam budaya Melayu, prasasti biasanya menggunakan tulisan Pallara dalam bahasa Melayu kuno. Salah satu prasasti sastera yang diukir di atas tembaga ditemui dalam Hikayat Singa Menteri. |
Sky Mirror | Cermin Langit | Pelancongan | Tiada | Sebuah kawasan tengah laut di Kuala Selangor yang menjadi pulau cermin buatan apabila air surut. Disebabkan terdapat air yang bertakung di atas pasir tersebut maka terjadinya pantulan langit yang dapat menghasilkan gambar seperti berdiri di atas cermin. |
stock sport | sukan stok | Sukan | Tiada | Permainan di atas permukaan rata dengan pemain memegang dan mengayunkan stok ke depan dan ke belakang sebelum melepaskan objek tersebut ke arah sasaran. |
lacrosse | bola sauk | Sukan | Tiada | Permainan bola di atas padang oleh dua (2) pasukan, masing-masing terdiri daripada 10 orang pemain. Pemain perlu menggunakan kayu dengan jaring yang melengkung untuk menangkap, membawa dan menjaringkan bola ke gawang lawan. |
dragon boat | perahu naga | Sukan | Tiada | Aktiviti di atas air menggunakan perahu panjang yang dilengkapi dayung untuk perlumbaan oleh ramai peserta. Kepala perahu tersebut dihiasi untuk kelihatan seperti naga. |
saprophyte | saprofit | Kejururawatan | Tiada | Mikroorganisma yang hidup di atas benda yang mati. |