Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.ba.wah] | د باوه

Definisi : 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di bawah

Puisi
 

Apa busuk di bawah bangku,
     Anak ayam mati terlentang;
Siapa duduk dengan Cik Bongsu,
     Bagai bulan pagar dek bintang.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Di bawah ketiak orang.

Bermaksud :

Di bawah kekuasaan orang.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contractual liability insuranceinsurans liabiliti berkontrakinsuransTiadaInsurans yang melindungi insured apabila berlakunya kerugian akibat liabiliti yang tersurat dan tersirat di bawah sesuatu kontrak. Contoh: di bawah kebanyakan perjanjian binaan dengan majlis perbandaran, kontraktor berkenaan bersetuju untuk melepaskan majlis perbandaran daripada dipertanggungjawabkan ke atas semua jenis kemalangan akibat daripada kerja-kerja yang dilakukan.
aggregate contractual liabilityliabiliti berkontrak agregatinsuransTiadaAmaun keseluruhan yang akan dibayar oleh insurer di bawah polisi insurans liabiliti untuk tuntutan yang timbul daripada liabiliti yang diinsuranskan di bawah kontrak berkenaan.
ocean floordasar lautanSains MarinTiadaKawasan keseluruhan dasar laut di bawah aras air surut dan terbahagi kepada dua, iaitu lembangan lautan dan pinggir benua. Dasar lautan juga merujuk keseluruhan dasar laut di bawah tikas air surut. Kebanyakan lautan mempunyai ciri-ciri struktur yang umum yang dihasilkan oleh fenomena fizikal yang kebanyakannya hasil pergerakan tektonik dan sedimen daripada pelbagai sumber.
butt treatment methodkaedah rawatan pangkalBuluhTiadaKaedah mengawet buluh dengan menyusun buluh yang baru ditebang secara menegak dengan pangkalnya di bawah, di dalam tong berisi bahan pengawet. Lazimnya daun buluh tidak dibuang dan dibiarkan sepanjang tempoh pengawetan.
infant mortality ratekadar kemotalan bayiinsuransTiadaJadual statistik yang menunjukkan kadar kematian sekumpulan orang di bawah paras umur 21 tahun atau di sesetengah negara, di bawah umur 18 tahun.
infant mortality ratekadar kemortalan bayiPentadbiran PerniagaanTiadaJadual statistik yang menunjukkan kadar kematian sekumpulan orang di bawah paras umur 21 tahun atau di sesetengah negara, di bawah umur 18 tahun.
amalgamation of landpenyatuan tanah/ percantuman tanahPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaDua lot tanah milik berdampingan atau lebih yang dipegang oleh seorang di bawah hak milik berasingan dicantumkan menjadi satu dan dipegang olehnya di bawah satu hak milik.
geoidgeoidSains MarinTiadaBentuk bumi yang dianggap sebagai min permukaan aras laut yang diunjur berterusan merentasi benua atau sebagai sebuah permukaan tak selanjar yang lebih rendah daripada permukaan sferoid di bawah lautan, tetapi lebih tinggi di bawah benua. Geoid juga dipengaruhi oleh graviti dan putaran bumi, dan juga faktor lain seperti angin dan pasang surut.
vassal-statenegeri IindunganSains PolitikPolitik PerbandinganNegeri yang berada di bawah perlindungan satu kuasa besar. Negeri ini memiliki kerajaan dan pemerintahan sendiri tetapi ikatan dengan kuasa besar meletakkannya dalam kedudukan subordinat dan kedaulatan yang tidak mutlak. Pergerakan negeri ini sentiasa diawasi oleh penaungnya dan ia tidak bebas bertindak seperti negara lain. Contohnya, kedudukan Kedah, Kelantan dan Terengganu pada abad ke-18 di bawah pemerintahan Siam merupakan kedudukan yang bersifat negeri lindungan.
safeguardskawal guna; kawal seliaSains NuklearKejuruteraan Reaktor1) Kawal guna: Kawalan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan. 2) Kawal selia: Penyeliaan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan.
12345678910...

Kembali ke atas