Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : di hadapan, di muka: ~ markas besar itu terletak sebuah jip yg sudah tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : di hadapan; di muka: Dia berdiri ~ pintu melihat suaminya pergi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di depan

Puisi
 

Sayang selasih di depan puan,
     Tidak niat hendak kupakai;
Hatiku kasih padamu puan,
     Sikit tak ingat hendak kucerai.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Mat di bawah dagu.

Bermaksud :

Kalah dengan tiba-tiba atau tertipu di depan mata. mat (emat) = kata peringatan dalam permainan catur, mengatakan bahawa raja atau wazir terancam bahaya.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
home straightlaluan penamatSukanLumba BasikalJalan di depan anjung penonton
backhoe loaderjentera korek kautKejuruteraanTiadaJentera yang dipasang dengan pengaut di depan dan pengorek di belakang.
flashforwardimbas depanKesusasteraanTiadaTeknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memberikan gambaran dan isyarat kepada pembaca tentang apa yang akan berlaku pada cerita selanjutnya. Contohnya, kemungkinan berlakunya malapetaka. Imbas depan sering digunakan untuk meningkatkan ketegangan pembaca atau membolehkan pembaca menerima apa yang berlaku dan bukannya di luar dugaan. Imbas depan dikenali juga sebagai kilas atau bayangan depan. Lihat juga pemikat naratif.
National e-Learning Policy (DePAN)Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN)Teknologi Maklumate-PembelajaranKerangka e-pembelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia, yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia pada tahun 2011 bagi menentukan polisi dan hala tuju nasional yang jelas dan seragam untuk menjamin kelestarian kualiti perkembangan e-pembelajaran tempatan.
wiper motormotor pengelapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMotor yang menggerakkan pengelap yang dipasang di geladak depan.
four-wheel drive.pacu empat rodaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKenderaan yang mempunyai gandar pacuan di bahagian depan dan belakang, untuk membolehkan keempat-empat roda kenderaan dipacu serentak.
goitregoiterHerbaFitoterapiPembesaran kelenjar tiroid akibat hormon tiroksin rendah yang juga dikenali sebagai hipotiroid dan menyebabkan bengkak di bahagian depan leher.
wheelbasejarak rodaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaJarak di antara pusat roda depan dengan pusat roda belakang.
blower motormotor penghembusKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMotor yang dipasang di bawah geladak depan untuk sistem pendingin.
quarter chord pointtitik perentas sukuKejuruteraanTiadaTitik pada garis perentas (aerofoil), satu suku panjang perentas di belakang pinggir depan.
123

Kembali ke atas