Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata di kan

Puisi
 

Kalau dapat kelapa tumbuh,
     Kan den tanam di bawah jenjang;
Kalau dapat kata nan sungguh,
     Kan digonggong dibawa terbang.


Lihat selanjutnya...(11)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
imaginary gridgrid khayalanLandskapTiadaGarisan grid yang bu kan nyata di sesuatu kawasan atau pelan yang bertujuan untuk menetapkan la kasi objek di tempat tersebut.
rebana ubirebana ubiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Rebana ubi diperbuat daripada kayu, baluhnya berbentuk kon dan mempunyai satu muka kulit yang bergaris pusat hampir satu meter. Kulit dipasang pada baluh dengan tali rotan tebal dan kulit ditegangkan dengan tali rotan dan sendal kayu yang diselitkan antara badan dengan tali rotan. Baluh dan kulit dihiasi logo atau lambang sesuatu kumpulan atau desa. Coraknya bermotifkan geometri yang dicat berwarna-warni. Rebana ubi biasanya digantung atau diletakkan di atas tanah secara menegak dan kulitnya dipukul dengan tangan atau pemukul yang berbalut. Rebana ubi yang dimain­kan secara ensembel menghasilkan rentak terhasil bagi tujuan pertandingan atau hib

invocationscru pujaKesusasteraanPuisiPermintaan, permohonan dan seruan khususnya kepada Allah subhanahu wa taala dengan tujuan mendapatkan taufik dan hidayah serta perlindungan daripada-Nya supaya dijauhi daripada sebarang mara bahaya. Penggunaan seru puja ini dapat dilihat pada doa di bawah. "Pendinding" Allah kan payungku! Nabi Muhammad mimbarku! Raja Jibrail di kananku! Israfil di kiriku! Rasul Allah di hadapanku! Turun malaikat yang bcrempat! Terkunci terkancing pintu bahayaku!
pararhymepararimaKesusasteraanPuisiRima sumbang yang terbentuk di hujung baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi yang tidak serima. Contohnya, penggunaan kan dalam baris pertama rangkap petikan puisi "Dia Telah Terbawa" dalam kumpulan Kesan Kunjungan karya Rahman Shaari di bawah. bagaimana akan disambungkan jalur jemulur urat budaya di saat mengecil dunia dan akhirat tidak bersuara.
lyric songnyanyian lirikKesusasteraanPuisiPuisi yang dihasilkan bertujuan untuk dinyanyikan. Dalam konteks ini isi dan pemikiran yang terkandung di dalamnya sarat dengan perasaan penciptanya. Hal ini akan dapat dikesan dengan jelas apabila sesebuah puisi (nyanyian lirik) didendangkan. Contohnya, pada lirik pertama lagu P. Ramlee yang berjudul "Di Mana Kan Ku Cari ganti" seperti di bawah. Hendakku nangis Tiada berair mata Hendakku senyum Tiada siapa nak teman Kalaulah nasib Sudah tersurat Begini hebat Apa nak buat.
phellogenfelogenBotaniTiadaKambium sisi yang terletak di sebelah luar kambium vaskular pada tumbuhan yang mengalami pertumbuhan sekunder. Kambium ini bermula daripada sel-sel hidup yang matang sama ada daripada tisu epidermis atau bahagian korteks yang berubah menjadi meristem. Sel-sel felogen biasanya berbentuk poligon dan hampir-hampir berbentuk isodiametrik. Felogen juga menghasil- kan felem ke arah luar dan feloderma ke arah dalam dalam pada paksi batang atau akar tumbuhan. Sinonim kambium gabus.
back-to-back-istisnaistisna’ sandar-menyandarEkonomiEkonomi IslamAkad istisna’ yang diistisna’kan semula kepada pihak lain. Akad ini diterima dalam perbankan Islam dengan syarat kedua-dua akad istisna’ tersebut tidak saling berkait. Akad ini biasanya digunakan untuk tempahan barangan perkilangan. Tindakan ini dilakukan bertujuan untuk mendapat keuntungan di samping memadankan struktur tempoh pembiayaan. Contohnya, perbankan Islam menyediakan pembiayaan kepada syarikat untuk membina kemudahan seperti jana kuasa melalui akad istisna’. Kemudian, perbankan Islam melantik firma kejuruteraan untuk membina jana kuasa tersebut dengan menggunakan akad istisna’ juga. Perbezaan harga yang dibayar oleh perbankan Islam kepada firma kejuruteraan dan harga yang akan diterima daripada syarikat merupakan keuntungan kepada perbankan Islam.
hexastichsadbarisKesusasteraanPuisiRangkap puisi yang terdiri daripada enam baris. Contohnya, puisi yang menonjolkan bentuk sadbaris ini ialah pantun enam kerat seperti di bawah. Orang Baghdad bawa teraju, Orang Makkah bawa telur, Telur dimakan bulan puasa; Rumah gadang bersendi batu, Jika adat bersendi alur, Alur itu kan ganti raja.
masquerading hosthos penyamaranTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Komputer yang digunakan oleh pengguna hasad untuk melancar -kan serangan penyamaran. Komputer ini mengandungi antara muka palsu yang setara dengan antara muka yang ada pada hos sebenar dan digunakan oleh pengguna hasad untuk mengumpul maklumat peribadi pengguna yang sah. 2. Komputer proksi yang melindungi komputer lain di belakangnya yang mempunyai alamat Protokol Internet (IP). Pada pandangan pihak luar, komputer yang dilindungi akan dilihat seolah-olah mempunyai alamat yang sama seperti komputer proksi. Sinonim komputer penyamaran.
cinquainpancabarisKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lima baris dalam sesuatu rangkap. Contohnya, pada puisi "Sebuah Bas Berwarna Biru" dalam Kembara Ma!am karya LatiffMohidin. Puisi ini terdiri daripada empat rangkap, jumlah baris setiap rangkapnya sama seperti di bawah. Sebuah bas berwarna biru tanpa nombor dan pemandu merangkap antara kenderaan-kenderaan penuh darah kalau ia berhenti di depanku kan kubeli sebuah tiket berwarna biru tanpa humor dan lagu saudara waktunya telah tiba untuk aku melangkah kaki tiket yang kubeli terasa panas di tangan bas berwarna biru telah membuka pintu waktunya telah tiba untuk aku mengenal derita
123

Kembali ke atas