covert channel | saluran terselindung | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Saluran tersembunyi di samping saluran biasa yang digunakan untuk komunikasi rahsia. Contohnya, semasa sesi komunikasi TCP/IP, data disembunyikan dalam paket SYN yang biasanya tidak mengandungi data. |
electron gun | senapang elektron | Fizik | Nanoteknologi | Struktur elektrod yang menghasilkan alur elektron di samping mampu mengawal, memfokus dan memesongkan alur tersebut seperti pada tiub televisyen dan monitor yang menggunakan teknologi tiub sinar katod. Senapang elektron terdiri daripada dua bahagian, iaitu katod panas yang menghasilkan alur elektron dan elektrod yang menghasilkan medan elektrik untuk memecut elektron tersebut ke anod. Senapang elektron digunakan untuk pemendapan filem tipis dan juga dalam litografi alur elektron. |
steganography | steganografi | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Bidang ilmu yang berkaitan dengan penyembunyian maklumat di samping maklumat biasa yang lain. Contohnya penyembunyian teks dalam fail meja. |
lubricant | pelincir | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bahan untuk melincirkan dua bahagian yang bergerak di samping mengurangkan geseran dan hakisan. |
commercial bank | bank perdagangan | Ekonomi | Tiada | Institusi pengantara kewangan yang ciri utamanya menawarkan akaun semasa, di samping menjalankan fungsi-fungsi umum bank. |
ecotechnology | ekoteknologi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Penggunaan teknologi yang berupaya memenuhi keperluan manusia di samping mengurangkan kerosakan ekologi dengan memanipulasi sumber sedia ada untuk manfaat manusia dan alam sekitar. |
multipurpose travel | perjalanan pelbagai tujuan | Pelancongan | Tiada | Perjalanan yang mempunyai lebih daripada satu tujuan seperti menghadiri persidangan di samping membeli-belah dan melawat tempat menarik. |
Isopod isolation unit | unit pengasingan Isopod | Kesihatan Awam | Tiada | Alat yang digunakan untuk membawa atau mengasingkan pesakit penyakit berjangkit. di samping untuk tujuan pemulihan, pemindahan, perawatan dan pemprosesan, serta pelupusan akhir. |
low style | gaya murahan | Kesusasteraan | Puisi | Cara seseorang penyair mengembangkan pemikiran dengan tidak memberi perhatian tentang nilai-nilai keindahan, di samping tiada keseimbangan antara pengucapan isi dengan gaya penyampaian. Keadaan ini menjadikan puisi tersebut tidak bemilai sastera. Penyair berbuat demikian mungkin bertujuan untuk melahirkan kelainan . |
portpolio analysis | analisis portfolio | Ekonomi | Tiada | Analisis yang menentukan kombinasi aset kewangan yang cekap dan memberikan jangkaan pulangan yang maksimum kepada pelabur, di samping memenuhi keperluan kecairan pelabur tersebut. Andaian utama analisis ini ialah pelabur akan mengutamakan portfolio yang dijangka memberi kadar pulangan yang maksimum apabila berhadapan dengan satu tingkat risiko tertentu. |