goose neck | leher angsa | Kejuruteraan | Tiada | 1. Tiub boleh pusing yang digunakan untuk pengudaraan di samping mencegah kemasukan air. |
pacific iron | besi pasifik | Kejuruteraan | Tiada | 1. Tiup boleh pusing yang digunakan untuk pengudaraan di samping mencegah kemasukan air. |
amylopectin | amilopektin | Herba | Fitokimia | Komponen kanji yang larut dalam air sejuk. Polimer ini mempunyai struktur yang bercabang dengan ikatan 1,6’-?-glikosida pada setiap 14 hingga 25 unit glukosa, di samping ikatan 1,4’-?-glikosida dalam rantai lurusnya. Banding amilosa. Lihat juga kanji. |
additive | aditif | Veterinar | Tiada | Bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan ternakan dengan tujuan tertentu seperti menggalakkan pertumbuhan, meningkatkan pencernaan dan menghindari penyakit di samping berfungsi sebagai punca nutrien yang utama. Contohnya, ubat-ubatan, penggalak pertumbuhan, enzim, probiotik dan koksidiostat. Kadar yang diperlukan sangat sedikit, iaitu kurang daripada 1%. |
placenta | plasenta | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Organ vaskular mamalia enteria yang menghubungkan fetus dengan uterus ibu. Dengan perantaraan organ ini pertukaran bahan-bahan metabolisme antara fetus dengan ibu berlaku, di samping membekalkan rembesan endokrin. 2. Bahagian pada daun paku pakis atau sporofil yang menjadi tempat sporangium terbentuk dan berkembang. spermafor. 3. Bahagian karpel tumbuh-tumbuhan berbiji yang mengandungi ovul. spermafor. |
dolomite limestone | batu kapur dolomit | Geologi | Tiada | 1. Batu kapur yang mengandungi dolomit, tetapi kandungan CaCO3-nya melebihi kandungan MgCO3-nya.,2. Batuan endapan berkapur yang mengandungi kalsit atau aragonit di samping dolomit. |
Al Velorum Stars/RR stars | bintang Al Velorum/bintang RR | Matematik | Tiada | Kumpulan bintang denyut berubah yang dahulunya dikelaskan sebagai bintang RR Lyrae tetapi sekarang ini sudah dibuktikan bahawa bintang ini mempunyai luminositi yang lebih rendah di samping mempunyai kala yang lebih pendek, iaitu kira-kira 1.3 hingga 5 jam. |
standard atmosphere | atmosfera piawai | Sains | Hidrometeorologi | 1. Taburan menegak hipotetis bagi suhu, tekanan serta ketumpatan atmosfera, yang mengikut perjanjian antarabangsa dianggap mewakili atmosfera bagi maksud penentukuran altimeter tekanan, penilaian prestasi kapal terbang, perekabentukan peluru berpandu dan kapal terbang, jadual balistik, dan sebagainya. Dalam keadaan itu udara dianggap mematuhi hukum gas sempurna dan persamaan hidrostatik yang apabila kedua-dua ini diambil kira bersama mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak mengaitkan ubahan tekanan dan ketumpatan secara menegak. Di samping itu udara dianggap tidak mengandungi wap air dan pecutan graviti pula dianggap tidak berubah mengikut ketinggian. 2. Unit piawai tekanan atmosfera yang ditakrifkan sebagai tekanan yang dikenakan oleh suatu turus raksa setinggi 760 mm pada graviti piawai (980.665 cm/cm2) dan suhu 0�. |
quinone | kuinon | Herba | Fitokimia | Kumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kefungsian keton pada kedudukan 1,4- atau 1,2- dan dua ikatan berganda dua yang terletak di antara kedua-dua keton tersebut. Sebatian kuinon boleh mengandungi satu atau lebih gelang aromatik terlakur pada sisi benzokuinon asal. Sebatian kuinon yang besar biasanya mempunyai warna disebabkan oleh pengkonjugatan ikatan ganda dua dan kefungsian keton. Kebanyakan sebatian kuinon digunakan sebagai bahan pewarna di samping berguna sebagai bahan ubatan dan racun kulat. |
starter | pemula | Teknik | Elektrik | 1. Peranti yang digunakan untuk menghidupkan sesuatu alat dengan mengehadkan arus yang masuk ke alat semasa motor mula-mula dihidupkan. 2. Komponen yang digunakan untuk menyalakan lampu nyahcas pendarfluor. 3. Alat kawalan automatik untuk melindungi motor daripada bahaya arus permulaan yang tinggi, arus tambahan akibat beban lebih, dan daripada dihidupkan terus apabila voltan bekalan pulih setelah terganggu di samping sebagai kawalan hidup dan mati. |