diabetes mellitus | diabetes melitus | Kejururawatan | Tiada | Gangguan metabolisme karbohidrat yang mengakibatkan glukosa dalam darah tidak dapat dioksidakan untuk menghasilkan tenaga kerana kekurangan hormon insulin ataupun insulin yang dihasilkan itu kurang berkesan. |
diabetes mellitus | kencing manis | Herba | Fitoterapi | Keadaan yang dicirikan oleh kandungan gula yang tinggi di dalam darah dan di dalam air kencing. |
knowledge deficit | kurang pengetahuan | Kejururawatan | Tiada | Kekurangan kefahaman tentang sesuatu ilmu, contohnya pesakit kurang pengetahuan tentang penyakit diabetes. |
secondary amenorrhea | amenorea sekunder | Kejururawatan | Tiada | Berhentinya kitaran haid selepas baligh antaranya disebabkan oleh kekurangan hormon gonadotrofin, kehamilan, dan diabetes melitus. |
polyuria | poliuria | Veterinar | Tiada | Keadaan apabila urin banyak dan kerap dikeluarkan. Poliuria boleh berlaku apabila air banyak diminum ataupun disebabkan oleh penyakit seperti diabetes melitus dan penyakit ginjal polisista. |
polyuria | poliuria | Biologi | Tiada | Perkumuhan urin dalam isi padu yang besar pada masa tertentu atau mikturisi lampau, keadaan ini juga merupakan suatu ciri diabetes. |
patient social networking | rangkaian sosial pesakit | Kejururawatan | Tiada | Jaringan hubungan sosial di kalangan pesakit yang mengalami penyakit yang sama. Contohnya persatuan pesakit asma, diabetes, dan lain-lain. |
carbuncle | karbunkel | Herba | Fitoterapi | Jangkitan bernekrosis pada kulit dan tisu subkutis yang biasanya disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus. Jangkitan ini melibatkan kawasan yang besar dan kerap berlaku kepada pesakit diabetes. |
polyuria | poliuria | Veterinar | Tiada | Keadaan ternakan yang mengalami pengeluaran air kencing yang banyak dan melebihi tahap normal. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh sesuatu penyakit atau pengambilan sesuatu jenis sebatian yang merangsang pengeluaran air dari glomerulus. Keadaan ini merupakan salah satu simptom diabetes dan boleh berlakui jika terdapatnya keradangan pada ginjal. |