Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[diag.no.sis] | دياݢنوسيس

Definisi : perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya; mendiagnosis mengenal pasti sesuatu pe­nyakit drpd tanda dan gejalanya, membuat diagnosis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diag.no.sis] | دياݢنوسيس

Definisi : perbuatan mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya: ~ yg tepat boleh dibuat dgn memeriksa calitan darah yg diambil dr haiwan yg baru mati utk menentukan kehadiran bakteria penyebab. mendiagnosis mengenal pasti sesuatu penyakit drpd tanda dan gejalanya; membuat diagnosis: Doktor ~ penyakit yg menjangkiti kanak-kanak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diagnosis


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diagnosisdiagnosisPerikananAkuakulturKaedah untuk menentukan punca penyakit ikan. Kaedah ini melibatkan beberapa langkah atau ujian yang bermula dengan penelitian rekod kejadian jangkitan atau penyakit ikan dan diikuti dengan pemeriksaan tanda-tanda penyakit, pencarian punca penyakit, pengujian pengesahan patogen di makmal dan seterusnya mencadangkan langkah kawalan atau rawatan setelah punca penyakit ikan dikenal pasti.
trouble diagnosisdiagnosis kerosakanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKerja mengesan punca kerosakan menggunakan kaedah yang sesuai.
epigenomics diagnosisdiagnosis epigenomikBioinformatikBioinformatik MolekulPengenalpastian penyakit yang disebabkan oleh faktor epigenomik. Lihat juga epigenomik.
pregnancy diagnosisdiagnosis kebuntinganPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah yang digunakan untuk mengetahui status kebuntingan haiwan. Pelbagai teknik mendiagnosis kebuntingan pada haiwan boleh dilakukan seperti pempalpatan rektum, pengukuran aras hormon, pengukuran aras protein awal kebuntingan dan pemeriksaan menggunakan pengimbas ultrabunyi. Penentuan kebuntingan pada peringkat awal haiwan amat penting dalam pengurusan haiwan.
nursing diagnosisdiagnosis kejururawatanKejururawatanTiadaLangkah dalam proses kejururawatan yang mengenal pasti masalah pesakit berdasarkan data sejarah dan pemeriksaan fizikal.
e-diagnosise-diagnosisTeknologi Maklumate-KesihatanProses penelitian maklumat pesakit secara elektronik yang lazimnya digunakan untuk melengkapkan pendekatan e-perundingan. Proses ini melibatkan pengumpulan kemahiran pakar perubatan dalam pangkalan data agar perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada pesakit, terutamanya yang jauh dari hospital.
diagnosediagnosisKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenentuan sebab kegagalan sesuatu sistem berdasarkan pengetahuan tentang sistem berkenaan, carta kerosakan, dan pengujian terhadap sistem tersebut.
self-diagnostic systemsistem diagnosis diriKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSistem penunjuk yang dipasang pada sesetengah kenderaan, yang akan memberi amaran apabila terdapat kerosakan pada sistem.
virtual health advisorypenasihat kesihatan mayaKesihatan AwamTiadaPerkhidmatan berbentuk nasihat kesihatan (bukan diagnosis atau rawatan pesakit) yang ditawarkan oleh pakar kesihatan keluarga atau pegawai perubatan melalui portal dengan menggunakan telefon bimbit, tablet, komputer riba dan komputer peribadi.
cytologysitologiKejururawatanTiadaPemeriksaan sel-sel di bawah mikroskop untuk mengesan perubahan struktur atau ketaknormalan, bagi membantu diagnosis penyakit, contohnya kanser.
123

Kembali ke atas