Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[diag.nos.tik] | دياݢنوستيک

Definisi : bkn diagnosis: ujian ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diagnostik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
the Diagnostic and Statical Manual of Mental Disorders (DSM-IV-TR);Manual Statistik dan Diagnostik Kecelaruan Mental (DSM-IV-TR)PsikologiPsikologi UmumManual kecelaruan mental yang digunakan untuk mengenal pasti atau mendiagnosis jenis tingkah laku abnormal secara lebih sistematik. Manual Statistik dan Diagnostik Kecelaruan Mental terdiri daripada empat edisi yang diterbitkan oleh American Psychiatric Association untuk mengklasifikasikan kecelaruan psikologikal bagi tujuan pendiagnosisan untuk mencari terapi yang terbaik. Manual ini ialah versi terkini yang bukan sahaja satu dokumen saintifik tetapi juga dokumen sosial. Mengikut manual ini, kebanyakan kecelaruan psikologi sebahagiannya adalah berpunca daripada masalah biologi, masalah sosial dan penyalahgunaan dadah. Antara kecelaruan yang disenaraikan termasuklah kecelaruan psikotik, kehilangan rasa hati, keresahan, somatoform, disosiatif, gangguan personaliti, masalah identiti seksual dan gender, kecelaruan mental atau kognitif dan tabiat makan.
remote diagnosticdiagnostik jauhTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang digunakan untuk menyelenggara komputer terangkai yang terletak di lokasi yang berjauhan daripada pentadbir sistem. Perisian ini membenarkan pentadbir sistem mengawal paparan skrin, sistem pengendalian, dan semua perkakasan dan perisian dalam sistem jarak jauh. Perisian ini biasanya digunakan untuk tujuan pemantauan prestasi komputer dan penyelenggaraan komputer. Walau bagaimanapun, perisian ini boleh disalahgunakan oleh pengguna hasad untuk memperoleh capaian terlarang pada komputer sasaran. Contoh perisian diagnostik jauh ialah RealVNC dan pcAnywhere.
diagnosticdiagnostikPerubatanTiadaBerkaitan dengan tanda, gejala atau cara yang dapat mengesahkan diagnosis sesuatu penyakit.
diagnostic conjecturediagnostik rambangKesusasteraanTiadaDasar yang menentukan kesahihan sesuatu fakta yang belum sah dalam sesebuah naskhah. Contoh: perkataan, tarikh, pengarang dll.
diagnostic coverageperlindungan diagnostikPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi kemalangan dan penyakit yang menyediakan perlindungan perbelanjaan sehingga ke satu jumlah yang ditetapkan bagi pemeriksaan sinar-X atau ujian makmal yang lain.
diagnostic investigationpenyiasatan diagnostikPerubatanTiadaPenyiasatan yang khusus untuk mengenal pasti penyakit atau penyebabnya.
diagnostic kitkit diagnostikPerubatanTiadaAlat yang digunakan untuk memeriksa pesakit bagi mengenal pasti penyakit.
diagnostic laboratorymakmal diagnostikPerubatanTiadaMakmal yang menjalankan penyiasatan untuk mengenal pasti penyakit atau penyebabnya.
diagnostic procedureprosedur diagnostikPerubatanTiadaTatacara pemeriksaan dan penyiasatan yang dilakukan terhadap pesakit untuk mengenal pasti penyakit.
diagnostic testujian diagnostikPsikologiPsikologi UmumUjian untuk menentukan sifat, keadaan atau punca kecelaruan yang dialami oleh individu sama ada normal atau abnormal. Contohnya, ujian bacaan boleh digunakan untuk menentukan keadaan atau punca seseorang kanak-kanak itu lembab dalam pemahaman, pembacaan atau perbendaharaan kata.
12345

Kembali ke atas