curriculum alignment | penjajaran kurikulum | Pendidikan | Tiada | Penyelarasan antara apa yang diajar dengan apa yang diuji, bagi menilai sejauh mana kurikulum digunakan sebagai panduan dalam membuat keputusan tentang bahan,buku teks, perkembangan staf, kemudahan dan perbelanjaan. |
null curriculum | kurikulum nol | Pendidikan | Tiada | Mata pelajaran atau pengalaman yang tidak diajar atau dipelajari tetapi pelajar telah mengetahuinya secara umum. |
training routine | rutin latihan | Sukan | Tiada | Siri latihan untuk memantapkan satu-satu kemahiran yang telah diajar, misalnya kemahiran hantaran bola, kelecek, dan sebagainya. |
reminder therapy | terapi peringatan | Pergigian | Tiada | Kaedah rawatan dan pembelajaran secara mengulang kembali sesuatu yang telah diajar atau diberitahu pada sesi rawatan sebelumnya. Terapi ini untuk mengingatkan kembali pesakit terutama pesakit istimewa tentang kepentingan penjagaan kesihatan dan rawatan yang telah atau akan diberikan. |
discriminative learning | pembelajaran diskriminatif | Psikologi | Psikologi Umum | Proses pembelajaran yang melazimkan subjek membezakan atau memilih rangsangan. Contohnya, tikus diajar untuk memilih kotak yang mengandungi makanan atau menjauhi kotak yang berlantaikan kejutan elektrik dalam pagar sesat. |
table of specifications | jadual penentuan ujian | Pendidikan | Tiada | Jadual spesifikasi grid dua hala yang mengandungi aras kognitif dan isi kandungan yang diajar. |
apostolic tradition | tradisi hawari | Sejarah | Tiada | Amalan atau kebiasaan yang menjadi tradisi dalam agama Kristian yang mengikut dasar pengajaran Kristian yang asas yang diajar oleh Nabi Isa a.s. |
homing-in on resource | suai sumber | Pendidikan | Tiada | Kaedah mengenal pasti atau memilih sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai dengan perkara yang diajar. |
immediate knowledge of result | tahu balas semerta | Pendidikan | Tiada | Kaedah mengajar dengan tujuan untuk mengetahui maklum balas pelajar secara serta-merta terhadap sesuatu yang diajar atau disampaikan biasanya digunakan dalam program pengajaran terancang. |
abdominal breathing | pernafasan abdomen | Jururawat | Tiada | Cara bernafas dengan menggunakan otot abdomen. Keadaan ini boleh terjadi kepada individu yang mengalami masalah reĀspiratori, Cara ini juga diajar untuk senaman pernafasan.
|