Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[diam] | ديام

Definisi : 1. tidak bercakap (bersuara dll), senyap: Badri ~ sahaja kerana tidak tahu apa yg hen­dak dicakapkan; terbuang dlm ~ di­singkirkan dgn senyap-senyap; 2. tidak ber­gerak-gerak atau berbuat apa-apa: sedangkan benda yg ~ lagi engkau baling tidak kena, inikan pula benda yg bergerak; ~ tak ~ dgn senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan; ~ macam batang kayu ki tidak bergerak-gerak; ~ membatu ki tidak bercakap-cakap (mem­bisu); ~ ubi lagi kental, ~ besi lagi sentil = bukannya ~ penggali berkarat, melainkan ~ ubi berisi prb diam orang yg berilmu itu berfikir, se­mentara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja; kalau tak bermeriam, baiklah ~ prb orang yg miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak; yg disangka tidak menjadi, yg ~ boleh ke dia prb orang yg bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dgn orang lain; sediam sama (spt, macam) senyapnya: mereka diam ~ kuburan di waktu subuh; diam-diam dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; ~ lepu prb pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali; ~ ubi (berisi) prb pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan; berdiam = ~ diri = berdiam-diam 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): mereka berdua ~ sebentar; di dlm berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir; 2. ki tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan: kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri; berdiamkan; ~ diri berdiam diri: ia ~ dirinya barang ke mana diterbangkan oleh burung itu; mendiami tidak menegur (menyapa dll), memulau: kami diami sahaja orang-orang yg membelot kpd persatuan kami; mendiamkan, memperdiamkan 1. mem­buat (menjadikan, membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora marah itu di­diam­kannya sahaja; 3. tidak mengendahkan (mem­­pedulikan, ambil tahu, dll), tidak meng­hebohkan: pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya; terdiam tidak bersuara (bergerak dll) lagi: Datuk Ujang dan polis itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula; melihat guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~; pendiam (orang yg) tidak suka bercakap-cakap: Zaini itu seorang murid yg ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diam] | ديام

Definisi : tinggal (duduk, berumah, bertempat) di: saya ini hanya budak miskin, ~ di hulu negeri; ~ berdagang tinggal (hidup) me­rantau; ~ di bandar tak meniru, ~ di laut asin tidak prb hal orang yg tidak mahu belajar supaya maju walaupun tinggal di tempat yg ramai; mendiami, mengediami ark bertempat tinggal di, berumah di, menduduki: mulai drpd tarikh itu, bandar Brunei telah menjadi bandar yg didiami oleh orang Jepun sahaja; tidak ada siapa yg sanggup ~ rumah itu; kediaman = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll), rumah (pondok, gua, dll) yg diduduki: setelah selesai sembahyang, mereka pun pulang ke tempat ~ masing-masing; di sana sini terdapat rumah-rumah yg besar ter­sergam, tempat ~ orang besar-besar dan orang kaya-kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[diam] | ديام

Definisi : 1 tidak bercakap (berbunyi, bersuara dll): Semua murid ~ apabila Guru Besar masuk ke bilik darjah. 2 tidak bergerak dan tidak berbuat apa-apa: Semasa kanak-kanak itu ~, eloklah kita ambil gambarnya. ~ membatu tidak bercakap-cakap; membisu. diam-diam 1 tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit: Dia berkahwin ~ saja. 2 dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. berdiam, = ~ diri 1 tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): Dia ~ diri di balik tabir itu semasa polis mencarinya. 2 ki tidak berbuat apa-apa; tidak bertindak: Kita tidak harus ~ terhadap penghinaan itu. mendiamkan 1 membuat (menjadikan) diam: Dia ~ adiknya yg menangis itu dgn memberinya gula-gula. 2 menjadikan tidak bergerak: Dia ~ tangannya drpd menganyam tikar itu sebentar. 3 membiarkan saja; tidak mempedulikan: Didiamkannya saja perkara yg kecil-kecil itu. terdiam terhenti bercakap (bergerak, bersuara dll): Semuanya ~ apabila mendengar pekikan meminta tolong. pendiam orang yg tidak suka bercakap-cakap: Walaupun dia ~, dia bagus dlm pelajarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[diam] | ديام

Definisi : duduk (tinggal, berumah): Saya ~ di Kuala Lumpur di rumah kakak saya. mendiami berumah di; bertempat tinggal di; menghuni: Siapa yg ~ rumah itu sekarang? kediaman, = tempat ~ tempat tinggal (duduk dll): rumah (pondok dll) yg diduduki: ~ orang tua itu ialah pondok buruk di tepi tasik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diam

Puisi
 

Bila maharaja diam di hutan,
     Tebu dan jagung rosak binasa;
Lama ditinggal wajah tuan,
     Rindu ditanggung setiap masa.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Diam-diam lepu.

Bermaksud :

Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan. lepu = ikan laut.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tamsiltamsilKesusasteraanTiadaMisalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kamu tersesak.
rest (in mechanics)pegun; diam (mekanik)MatematikTiadaTiada
rest (in mechanics)pegun; diam (mekanik)KejuruteraanTiada1. Bahagian mesin larik yang menyokong atau menyampaikan gerakan kepada perkakas atau tiang perkakas, atau yang menyokong bahan kerja pada tekanan pemotongan. 2. Berhenti daripada sebarang tindakan atau gerakan.
akathisiaakatisiaPerubatanPsikiatriKeresahan dan kesukaran untuk duduk diam.
dormantdormanPerikananAkuakulturKeadaan organisma yang seakan-akan diam dan tiada aktiviti. Keadaan ini boleh mencapai masa bertahun-tahun lamanya. Organisma akan keluar daripada keadaan dorman apabila persekitaran berada dalam keadaan baik untuk membesar dan membiak. Contohnya ialah sista artemia.
static balanceimbangan statikKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKeseimbangan sesuatu benda semasa dalam keadaan diam atau tidak bergerak.
subtextsubteksKesusasteraanTiadaJargon dalam dunia teater bagi sesuatu yang tidak diperkatakan dalam teater tersebut. Subteks dibayangkan sebagai aksi senyap dan diam para pelakon semasa pementasan. Subteks juga boleh diaplikasikan kepada bentuk plot dan corak imejan. Lihat juga jargon.
clearanceruang legaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRuang di antara dua bahagian yang bergerak atau di antara bahagian yang bergerak dengan bahagian yang diam.
standing heatbiang sediaPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan betina yang sedia menerima haiwan jantan untuk mengawan. Lazimnya biang sedia ditunjukkan semasa dalam fasa estrus. Tanda yang ditunjukkan oleh haiwan betina semasa biang sedia ialah berdiri diam apabila dipanjat oleh haiwan jantan.

Kembali ke atas