actionable subsidies | subsidi boleh diambil tindakan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Bantuan yang diberikan kerajaan kepada pengeluar tempatan, sama ada syarikat atau industri, selain daripada subsidi dilarang dan subsidi tidak boleh diambil tindakan. Subsidi boleh diambil tindakan timbul jika terdapat bukti subsidi tersebut merugikan industri tempatan negara lain, mengurangkan manfaat yang didapati oleh negara lain daripada penurunan tarif negara pemberi subsidi atau mendatangkan kemudaratan serius kepada kepentingan negara lain. Contohnya, kerajaan negara X memberikan lembu susu percuma kepada pengeluar susu tertentu di Negara tersebut. Jika susu itu dieksport ke negara Y pada harga yang tidak dapat disaingi oleh pengeluar negara Y, bantuan lembu susu tersebut boleh dianggap sebagai subsidi boleh diambil tindakan. |
error of fact | kesilapan fakta | Undang-undang | Tiada | Kesilapan yang berlaku apabila sesuatu fakta tidak diambil kira, atau diambil kira sedangkan fakta itu tidak wujud. |
sample | sampel | Pertanian | Agronomi | Spesimen kecil yang diambil untuk mewakili populasi yang besar. Contohnya, sehelai daun diambil untuk mengkaji kandungan nutrien dalam pokok atau semangkuk tanah diambil untuk mengkaji tahap kesuburan tanah. |
soil sample | sampel tanah | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tanah yang diambil daripada petak arkeologi atau semua kawasan mengikut lapisan. Pada petak arkeologi, sampel tanah diambil pada setiap spit terakhir. Sementara pada sesuatu kawasan pula sampel tanah diambil dengan menggunakan pembohor. Tujuan untuk mengetahui kronologi struktur tanah di tapak penyelidikan. Warna sampel tanah yang diambil dapat diklasifikasikan secara khusus dengan merujuk kepada carta warna tanah Munsell. |
core | teras | Kejuruteraan | Petroleum | Sampel batuan/formasi yang diambil dari dalam cerompong teras semasa proses penggerudian yang memakai cerompong teras bit-intan sedang berlangsung. Sampel teras yang diambil biasanya berdiameter 10 sm ke 16 sm dengan ukuran panjangnya 10 m. Bagi kaedah penggerudian yang memakai cerompong teras talian dawai, sampel teras yang dapat diambil biasanya berukuran panjang 5 m. Rujuk : teras lazim. |
time ratio | nisbah masa | Mekanik | Gunaan | Nisbah masa yang diambil untuk lejang mara terhadap masa yang diambil untuk lejang balik. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk pada mekanisme balik cepat. Mekanisme yang nisbah masanya bernilai lebih daripada 1 dinamai mekanisme balik cepat. Nisbah ini digunakan sebagai ukuran kesesuaian mekanisme apabila dilihat dari segi penggunaan masa kitar, iaitu bahagian yang lebih besar daripada masa itu digunakan untuk melakukan kerja dan bahagian yang lebih kecil untuk membalik. Lihat juga mekanisme balik cepat, lejang mara, lejang balik. |
anti-corruption | antirasuah | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Tindakan atau usaha yang diambil bagi mencegah amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Tindakan ini diambil kerana gejala rasuah boleh mengancam keselamatan negara dan ketidakadilan dalam masyarakat. Sebagai langkah utama, kerajaan telah menubuhkan Badan Pencegah Rasuah dan memperkenalkan pelbagai peraturan antirasuah seperti pelaksanaan Akta Pencegah Rasuah 1961, Akta Badan Pencegah Rasuah 1982 dan Akta Pencegahan Rasuah 1997. Kerajaan juga melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) bagi membentuk sebuah masyarakat yang bermoral tinggi dan beretika sebagai tindakan untuk mencegah rasuah dan penyalahgunaan kuasa. |
aerial photograph | gambar foto udara | Biologi | Ekologi | Gambar permukaan bumi yang diambil dari udara. Biasanya gambar ini merupakan satu siri gambar yang diambil dari kapal terbang yang bergerak secara sistematik pada ketinggian tertentu. Penggambaran foto udara dibuat untuk mendapatkan lukisan pemetaan pembahagian tanah, geologi tanah, vegetasi dan fotografi. |
crotch depth | labuh kelangkang | Sosiologi | Tiada | 1. Ukuran yang diambil dari garis pinggang tengah belakang ke garis pinggang tengah hadapan melalui kelangkang.,2. Ukuran yang diambil dari garis pinggang ke pinggul dalam keadaan duduk. |
crotch depth | labuh kelangkang | Kesenian | Tiada | 1. Ukuran yang diambil dari garis pinggang tengah belakang ke garis pinggang tengah hadapan melalui kelangkang.,2. Ukuran yang diambil dari garis pinggang ke pinggul dalam keadaan duduk. |