Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibaca

Puisi
 

Buah macang setangkai lebat,
     Belum dimakan manis dahulu;
Budak ini menghantar surat,
     Belum dibaca menangis dulu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai memegang buah kepantangan beruk;
     ditelan mati emak,
diludahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Seperti Kur'an [Quran] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
closet dramadrama bacaanKesusasteraanTiadaDrama yang biasanya berbentuk puisi yang lebih sesuai dibaca daripada dilakonkan di pentas. Biasanya, drama bacaan dibaca untuk kelompok penonton kecil dan khas, terutamanya di ruang tamu. Contohnya, drama Samson Agonistes oleh Milton dan Pippa Passes oleh Browning. Contoh sastera Nusantara ialah Jalan Mutiara oleh Sitor Situmorang (1954) dan Petang di Taman oleh Iwan Simatupang (1966). Dalam Kesusasteraan Arab, contoh drama bacaan ialah Masrahiyat Muhammad oleh tawfiq al-Hakim. Drama bacaan dikenali juga dengan nama drama bilik tamu.
optical memoryingatan optikFizikNanoteknologiSimpanan data digital menggunakan sistem dan sifat optik. Data ini dibaca dengan menggunakan alur laser. Ingatan optik dapat menyimpan data dalam kuantiti yang besar dan dapat dibaca dengan laju menggunakan sistem komputer. Contohnya, CD-ROM atau DVD.
compact disk (CD)cakera padat (CD)FizikNanoteknologiPeranti plastik yang mengandungi data digital yang dibaca dengan pancaran laser bintik kuantum untuk penghasilan semula bunyi, imej atau maklumat lain yang telah dirakam. CD diperbuat daripada plastik polikarbonat dengan ketebalan 1.2 mm dilapisi filem tipis aluminium atau emas supaya bersifat memantul cahaya. Data disimpan dalam trek yang mengandungi lekuk bersaiz nanometer. Satu CD dibaca dengan memfokuskan cahaya laser semikonduktor. Perbezaan keamatan cahaya yang dipantulkan oleh lekuk yang diukur oleh satu fotodiod, membolehkan data dibaca daripada cakera.
wet bulb temperaturesuhu bebuli basahSainsHidrometeorologi1. Suhu yang dibaca daripada termometer bebuli basah. Bagi maksud amali, suhu yang didapati kenal pasti sebagai suhu bebuli basah isobar. 2. Suhu bebuli basah isobar. Suhu yang akan dicapai oleh suatu kompok udara jika disejukkan secara adiabatik sehingga tepu pada tekanan tetap oleh penyejatan air ke dalam dengan semua haba pendam dibekalkan oleh kompok itu. 3. Suhu bebuli basah adiabatik. (atau suhu bebuli basah semu). Suhu yang akan dicapai oleh suatu kompok udara jika disejukkan secara adiabatik ke tekanan asal dalam proses adiabatik tepu. Ia merupakan suhu bebuli basah sebagaimana yang dibaca daripada gambarajah termodinamik dan sentiasa didapati kurang daripada suhu bebuli basah isobar, selalunya sebanyak pecahan darjah Celcius.
illegible (writing)sukar dibaca (tulisan)PerpustakaanTiadaTiada
machine-readable mediumbahantara boleh dibaca mesinKomputerTiadaTiada
machine-language characteraksara boleh dibaca mesinKejuruteraanTiadaTiada
electrically-alterable read-only memoryingatan dibaca sahaja boleh ubah secara elektrikKejuruteraanTiadaTiada
jampijampiKesusasteraanPuisiPuisi yang dibaca bagi mengubat seseorang yang sedang sakit terutama dalam konteks masyarakat tradisional. Lazimnya jampi ataupun mantera ini digunakan atau dibacakan oleh seorang bomoh awu dukun. Ada kalanya jampi atau mantera ini juga dibacakan kepada sesuatu objek seperti keris, tombak dan lembing kerana dipercayai benda-benda ini mengandungi unsur-unsur sakti. Contohnya, jampi "Penawar Bisa" dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.Bismillahi 'L-rahman 'I-Rahim, Kayu medang, kayu patani. Tumbuh di padang merbani, Akar terhunjam tujuh petala bumi, Pucuk tersandar ke angkasa; Tuan puteri dari angkasa, Membawa tawar sekalian yang bisa, Ipuh putih menawar ipuh merah,
dyslexiadisleksiaPerubatanTiadaKetakupayaan memahami sesuatu yang dibaca akibat lesion otak. Lihat juga aleksia.
12345678910...

Kembali ke atas