admitted assets | aset dibenarkan | insurans | Tiada | Aset yang nilainya dibenarkan oleh pihak berkuasa untuk diambil kira dalam penyata tahunan insurer. |
authorized insurer | insurer dibenarkan | insurans | Tiada | Syarikat insurans yang dibenarkan oleh kerajaan untuk menjalankan perniagaan menjual jenis insurans yang tertentu. |
nonadmitted reinsurance | reinsurans tidak dibenarkan | insurans | Tiada | Reinsurans yang tidak menyatakan kredit dalam penyata tahunan syarikat mengesid kerana reinsurer tidak dilesenkan atau tidak dibenarkan berurus niaga sesuatu lini perniagaan dalam kawasan yang tetap. |
partial lockdown | sekatan pergerakan separa | Undang-undang | Tiada | Satu keadaan apabila orang ramai atau masyarakat awam tidak dibenarkan memasuki atau meninggalkan satu kawasan atau bangunan secara bebas kerana sesuatu wabak atau hal kecemasan, tetapi masih dibenarkan untuk perkara-perkara tertentu seperti operasi perkhidmatan perlu. |
joint float | apungan bersama | Ekonomi | Tiada | Sistem yang digunakan oleh sekumpulan negara untuk menetapkan kadar pertukaran mata wang sesama mereka. Bagaimanapun kadar pertukaran ini dibenarkan berbeza dalam julat tertentu. Kadar pertukaran mata wang negara kumpulan dengan negara luar dibenarkan fleksibel, dan ditentukan di pasaran pertukaran asing. Sistem ini diamalkan oleh negara-negara Eropah sebaik sahaja sistem Bretton Woods dimansuhkan dalam tahun 1973. |
colouring agent | agen pewarna | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan kimia atau bahan semula jadi yang digunakan untuk menambah warna atau mewarnai sesuatu produk herba. Penggunaan agen pewarna dalam produk kosmetik herba bergantung pada kegunaannya dan dikategorikan kepada empat, iaitu: i. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik; ii. agen pewarna yang dibenarkan dalam semua produk kosmetik kecuali yang bertujuan untuk diterapkan pada sekitar mata khususnya mekap mata dan pelucut mekap mata; iii. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang tidak bersentuhan dengan membran mukus; dan iv. agen pewarna yang dibenarkan dalam produk kosmetik khusus untuk yang bersentuhan sementara dengan kulit. |
non-permitted substance | bahan tak dibenarkan | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
allocated benefit | faedah teruntuk | insurans | Tiada | Bayaran yang dibenarkan bagi tujuan tertentu amaun maksimum bagi setiap jenis faedah. Contoh: polisi-polisi hospital, sinar-x ubat-ubatan dan perbelanjaan lain yang ditetapkan. |
setback | anjakan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Jarak yang dibenarkan di antara bangunan dengan sempadan tanah. |
affordance | kebolehmampuan | Sains Sukan | Biomekanik | Keterhadan terhadap perlakuan yang boleh dibenarkan dengan merujuk pertalian yang wujud antara persekitaran dengan lakuan motor. Contohnya, dalam terowong yang sempit, yang hanya membolehkan seseorang merangkak kerana keadaan persekitaran tersebut tidak membenarkan perlakuan lain, seperti berlari. |