privilege information | maklumat istimewa | Komunikasi | Korporat | Status maklumat yang berkaitan dengan status sumber dan penerima. Secara prinsipnya, maklumat perlu disebarkan secara terbuka kepada penerima. Walau bagaimanapun, dalam keadaan dan faktor tertentu, sebahagian maklumat tidak diberikan kepada umum tetapi diberikan kepada penerima tertentu. Dalam perhubungan awam atau komunikasi korporat, maklumat ini biasanya diberikan kepada media yang sentiasa bekerjasama dengan sesebuah organisasi, khususnya yang berkaitan dengan aktiviti publisiti dan promosi. Setiap media berusaha untuk meletakkan diri mereka sebagai media yang diberikan keutamaan untuk mendapatkan maklumat istimewa. Maklumat dianggap istimewa kepada media kerana membantu meningkatkan imej media yang berwibawa dan dipercayai berbanding dengan media lain, maklumat diperoleh dengan lebih pantas serta mendapat berita yang lebih banyak, mendalam, dan terkini. |
delayed response | respons tertangguh | Psikologi | Psikologi Umum | Respons yang diwujudkan dalam situasi eksperimen yang membuatkan responden memberi tindakan kepada sesuatu rangsangan untuk beberapa lama selepas rangsangan diberikan. Contohnya, ganjaran makanan diberikan kepada haiwan sebagai satu rangsangan tetapi dihalang mengambilnya sehingga satu tempoh yang ditetapkan. Tahap kemampuan untuk menangguhkan sesuatu tindakan atau dorongan itu biasanya bergantung pada hierarki filogenetik. |
associate producer | penerbit bersekutu | Komunikasi | Tiada | Gelaran yang diberikan kepada petugas penerbitan filem iaitu penerbit kedua yang berkongsi tanggungjawab pengurusan dan kreatif. Selain itu, gelaran ini turut diberikan kepada pengurus penerbitan apabila penerbit yang sebenarnya tidak terlibat dalam pengawasan penerbitan dalam waktu-waktu tertentu. Gelaran ini boleh juga diberikan kepada pegawai tadbir utama iaitu orang yang bertanggungjawab mengurus dan mendapatkan sumber kewangan bagi menerbitkan siaran. |
disease name | nama penyakit | Biologi | Patologi | Nama yang diberikan dan digunakan untuk sesuatu penyakit. Biasanya nama ini diberikan berdasarkan gejala atau gabungannya dengan nama perumah (atau organ) yang terserang dan nama penyebabnya. Beberapa contoh nama penyakit ialah layu, layu vaskular, busuk buah dan luruh daun Phytophthora. |
wise cracks | jawapan cerdas | Kesusasteraan | Tiada | Jawapan cerdik dan tepat yang diberikan ketika menjawab suatu masalah yang diberikan. Contoh: jawapan pada teka-teki yang berbentuk soalan. Contoh: Jika tuan pergi ke kedai, Belikan saya gula batu; Kalau tuan bijak pandai, Apa binatang tulangnya satu? |
authorization | keizinan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Hak capaian yang diberikan kepada pengguna, atur cara atau proses. Keizinan ini biasanya diberikan setelah atur cara atau proses berkenaan melalui proses pengesahan dan penentusahan. |
inhalational anaesthetic | ubat anestetik sedutan | Perubatan | Tiada | Agen anestetik yang diberikan secara sedutan seperti Halothane dan Nitrous Oxide. Agen ini biasanya diberikan berserta oksigen melalui mesin yang khusus. Jenis agen dan dos bergantung kepada keadaan pesakit dan jenis pembedahan. |
incentive system | sistem insentif | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sistem ganjaran yang diberikan kepada kakitangan sebagai galakan bagi meningkatkan motivasi kerja. Secara umum sistem insentif boleh diklasifikasikan kepada bentuk material dan bukan material. Insentif material biasanya diberikan oleh organisasi dalam bentuk wang dan barangan. Pemberian bonus pada setiap tahun belanjawan adalah contoh insentif material. Insentif bukan material pula biasanya berbentuk penghormatan seperti anugerah tokoh khidmat cemerlang yang biasanya diberikan secara tahunan kepada kakitangan yang telah menyumbang khidmat cemerlang. |
interviewer bias | bias penemu duga | Pendidikan | Tiada | Penemu duga mempengaruhi jawapan yang diberikan oleh orang yang ditemu duga dan jawapan yang diberikan itu lebih memihak kepada kehendak penemu duga. |
time discount | potongan masa | Komunikasi | Tiada | Pengurangan bayaran bagi penggunaan masa siaran yang diberikan oleh stesen penyiaran kepada organisasi awam dan syarikat pengiklanan yang kerap membeli waktu siaran di stesen penyiaran berkenaan. Pengurangan bayaran ini diberikan dalam masa siaran, sama ada di kelompok gred utama atau gred lain. Bayaran tersebut kadangkala tidak dikenakan sama sekali. Sekiranya berlaku pertindihan masa siaran iklan dalam kalangan syarikat yang membeli masa siaran, maka potongan masa juga akan diberikan kepada pengiklan yang lebih awal menempah masa siaran tersebut. |