Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibuktikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nonrepudiationtanpa sangkalanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKeadaan yang menyebabkan seseorang tidak dapat menafikan perbuatannya berdasarkan bukti yang sahih kecuali dibuktikan sebaliknya. Contohnya, mesej yang ditandatangani secara digital dengan kekunci persendirian. Penyahsulitan mesej tersebut dengan menggunakan kekunci awam akan membuktikan mesej telah dihantar. Penafian terhadap tandatangan hanya boleh dilakukan sekiranya kekunci persendirian tersebut dibuktikan dicuri oleh pihak lain. Lihat juga tandatangan digital. Banding sangkalan.
theoremteoremMatematikTiadaPernyataan yang berbentuk implikasi yang telah dibuktikan benar. Bahagian hipotesis merupakan andaian, manakala bahagian akibat merupakan kesimpulan, iaitu kesimpulan menyusul daripada andaian yang diberi. Misalnya, teorem Pithagoras. Bandingkan korolari, lema.
pseudopsychologypseudopsikologiPsikologiPsikologi UmumAndaian, kepercayaan atau amalan yang tidak dapat dibuktikan dengan data atau ujian saintifik. Contohnya, palmistri ialah satu sistem yang boleh meramalkan nasib atau personaliti seseorang berdasarkan garisan di tapak tangan. Contoh lain ialah kepercayaan bahawa tahap kecelaruan mental seseorang biasanya dikaitkan dengan pembesaran bulan.
corollarykorolariMatematikTiadaPernyataan yang disimpulkan daripada pernyataan sebelumnya dan ia tidak perlu dibuktikan kebenarannya.
corollarykorolariSejarahTiadaPernyataan yang disimpulkan daripada pernyataan sebelumnya dan ia tidak perlu dibuktikan kebenarannya.
judicial noticenotis kehakimanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPeraturan dalam undang-undang keterangan yang membenarkan mahkamah menerima sesuatu fakta (termasuk undang-undang) yang diketahui umum tanpa perlu dibuktikan oleh pihak yang bertelingkah di dalam mahkamah. Melalui peraturan ini, sesuatu fakta boleh diterima oleh mahkamah jika kebenaran fakta tersebut terlalu jelas dan tidak boleh disangkal lagi. Dengan itu, pihak yang bertelingkah tidak memikul beban untuk mengemukakan bukti bagi menunjukkan kebenaran fakta tersebut. Contohnya, di Malaysia, umum mengetahui bahawa tarikh 31 Ogos ialah cuti umum, maka mahkamah nasional akan mengambil notis kehakiman tentang fakta ini, dan fakta ini tidak perlu dibuktikan lagi. Namun, dalam konteks undang-undang antarabangsa, mahkamah atau tribunal antarabangsa tidak boleh mengambil notis kehakiman tentang sesuatu fakta dari undang-undang nasional. Mahkamah antarabangsa memerlukan bukti tentang undang-undang nasional itu yang boleh diberi oleh pakar undang-undang nasional tersebut, malah boleh juga melakukan pen
elite standdirian elitPerhutananPengurusan HutanSejumlah pokok tang terbaik dan terpilih serta telah dibuktikan kualitinya melalui kajian.
absolute liabilityliabiliti mutlakinsuransTiadaLiabiliti ganti rugi walaupun kecuaian atau kesilapan tidak dapat dibuktikan.
strict liabilityliabiliti ketatPentadbiran PerniagaanTiadaLiabiliti ganti rugi walaupun kecuaian atau kesilapan tidak dapat dibuktikan.
accounting postulatedalil perakaunanPentadbiran PerniagaanTiadaRekod dan tafsir urus niaga kewangan yang tidak perlu dibuktikan kerana memang sudah nyata.
1234

Kembali ke atas