fixing | penetapan/tetapan | Matematik | Tiada | Proses mengekalkan imej fotograf yang telah dicuci dengan membuangkan bahan peka cahayanya yang tidak terjejas. |
polished rice | beras putih | Pertanian | Agronomi | Berkaitan dengan beras yang telah dibuang atau dicuci kulit ari (aleurone) yang berwarna coklat |
rinse | kumur | Perubatan | Tiada | Membasuh dengan air bersih untuk menghilangkan kekotoran yang masih tinggal setelah dicuci. |
rinse | bilas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Membasuh dengan air bersih untuk menghilangkan kekotoran yang masih tinggal setelah dicuci. |
blinded screen | penapis buta | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penapis yang telah tersumbat dengan zarah yang ditapis dan perlu dicuci. |
cream | krim | Farmasi | Farmaseutik | Emulsi separa pepejal untuk kegunaan luar. Krim emulsi minyak dalam air lazim digunakan kerana mudah dicuci manakala krim emulsi air dalam minyak digunakan sebagai emolien dan bahan pembersih. Contoh krim emulsi minyak dalam air ialah Aqueous Cream BP. |
gram-negative bacteria | bakteria gram-negatif | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Bakteria yang tidak mampu mengekalkan pewarna Gram selepas dicuci dengan alkohol atau aseton dan menghasilkan warna merah apabila diwarnakan dengan pewarna safranin. Banding bakteria gram-positif. |
effective (well) radius | jejari efektif (perigi) | Hidrogeologi | Tiada | Jarak mendatar dari paksi perigi ke bahagian luar bungkus kerikil atau bahagian yang telah dicuci awal dengan pemampaan. Ini adalah jejari hipotesis yang ditetapkan secara empirik dan jika jejari ini dimasukkan ke dalam persamaan surutan perigi, akan menghasilkan surutan sebenar di luar penapis perigi artois. Ruj.: Jacob 1947 |
intraoperative blood salvage | penyelamatan darah intrabedah | Perubatan | Tiada | Teknik penyelamatan sel darah semasa pembedahan. Darah yang mengalir keluar dan bertakung di kawasan pembedahan disedut, ditapis, dicuci dan dikumpulkan dalam beg darah. Darah ini digunakan semula untuk pesakit tersebut. |
jig | jig; takal bubut | Kejuruteraan | Tiada | 1. Peranti yang digunakan untuk menempatkan dan memegang bahagian untuk dimesin atau untuk memandu alat pemotong.,2. Peranti bergetar tempat arang batu dicuci dan bijih dipekatkan dalam air. |