Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.dih] | ديديه

Definisi : ; mendidih, berdidih ark 1. meruap atau meluap-luap kerana dipanaskan, meng­gelegak: air di dlm kawah itu sedang ~; 2. ki marah sekali (bkn perasaan): Hayati makin radang, ~ rasa darahnya; 3. ki berkobar-kobar, meluap-luap, berapi-api (bkn se­mangat); mendidihkan 1. memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih; 2. menjadikan berkobar-kobar (semangat): keberaniannya menentang kezaliman itu ~ darah ke­perwiraan dlm jasad bangsanya; pendidihan perihal atau proses men­di­dih(kan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.dih] | ديديه

Definisi : ; mendidih meruap kerana terlalu panas; menggelegak: Air akan ~ apabila suhunya meningkat kpd 100o Celsius atau 212 o Fahrenheit. darah (hati) ~ marah sekali. mendidihkan memasak (memanaskan) air dll hingga mendidih. pendidihan perihal mendidih atau mendidihkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata didih


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elevation of boiling pointpenaikan takat didihKimiaTiadaPenaikan takat didih larutan apabila bahan tidak meruap larut di dalam pelarut.
elevation of boiling pointpenaikan takat didihKejuruteraanTiadaTiada
isopreneisoprenaFizikNanoteknologiMolekul C5H8 daripada getah asli yang berbentuk cecair tanpa warna dengan suhu didih 34.1�C, larut di dalam alkohol dan eter, tetapi tidak larut di dalam air. Cecair ini mudah mengalami pempolimeran untuk membentuk dimer dan resin elastomer dengan berat molekul yang tinggi. Isoprena digunakan untuk menghasilkan poliisoprena dan getah buatan.
sulphuric acidasid sulfurikKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaLarutan bahan kimia yang sangat berbahaya, mengaratkan dan menghakis, bertakat didih tinggi, dan tidak berwarna. Asid sulfurik ini dicampur dengan air suling dan digunakan sebagai elektrolit di dalam bateri.
ebulliometryebuliometriNanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah untuk menentukan berat molekul zat terlarut dalam cecair dan ketulenan sesuatu cecair dengan mengukur takat didih cecair.
antifreeze agentagen antisejuk bekuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan kimia misalnya etilena glikol yang ditambah ke dalam bahan penyejuk enjin untuk meningkatkan takat didih dan menurunkan suhu beku air.
siliconsilikonFizikNanoteknologiUnsur kimia bukan logam, formula kimia, Si, dengan ciri nombor atom 14, valensi 4, berat atom 28.086, suhu lebur 1,410�C, suhu didih 2,355�C dan ketumpatan graviti 2.33. Unsur ini banyak terdapat pada kerak bumi dalam batu dan pasir sebagai sebatian silikon dioksida (SiO2). Bahan silikon tulen boleh berbentuk hablur dan amorfus. Bahan ini bersifat semikonduktor dan digunakan secara meluas dalam pembuatan peranti elektronik, seperti cip komputer, transistor dan diod. Sifat semikonduktor silikon dapat diubah melalui proses pengedopan dengan boron, fosforus atau arsenik.
furanfuranFizikNanoteknologiSebatian organik yang struktur asasnya terdiri daripada satu atom oksigen dan empat atom karbon tersusun seperti gelang. Molekul furan yang paling ringkas ialah cecair yang toksik yang tidak berwarna dengan suhu didih 32?C, mudah terbakar, dan tidak larut dalam air tetapi larut dalam alkohol atau eter. Furan dihasilkan melalui proses penyulingan kayu, terutamanya kayu pain.
molecular crystalhablur molekulFizikNanoteknologiPepejal yang terbentuk daripada atom gas nadir yang ditepukan dengan molekul gas lain seperti hidrogen, metana dan benzena menerusi ikatan daya elektrostatik lemah. Hablur molekul ini mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah dan meruap kepada atom dan molekul yang asal.
boasting poempuisi degarKesusasteraanPuisiPuisi yang dibentuk dengan menerapkan bahasa dan unsur� unsur yang berlebih-lebihan untuk menyampaikan sesuatu pemikiran yang sebenarnya tidak sehebat penerapan bahasanya itu. Penampilan sedemikian bertujuan untuk menarik perhatian khalayak. Contohnya, Air didih menganak sungai

Kembali ke atas