isolation | pemencilan | Biologi | Patologi | Pengasingan mikroorganisma yang diduga menyebabkan penyakit daripada perumahnya. Dalam patologi tumbuhan, kaedah ini meliputi pensterilan permukaan bahagian perumah yang terjangkit dan menumbuhkan mikroorganisma yang menyebabkannya pada medium tertentu. |
evolutionary hypothesis | hipotesis evolusi | Sejarah | Tiada | Pernyataan yang diduga sebagai dasar satu alasan untuk perkembangan satu evolusi. |
emergency | darurat; kecemasan | Perubatan | Tiada | 1. Kejadian yang tidak diduga atau tidak disangka.,2. Keperluan yang mendesak atau segera.,3. Kemalangan. |
protocathecuic acid | asid protokatekuik | Biologi | Patologi | Sebatian fenol yang diduga menyebabkan tumbuhan perumah tahan terhadap serangan patogen. Lapisan luar bawang yang telah tua (kering dan berwarna perang) didapati lebih tahan terhadap penyakit comot yang disebabkan oleh kulat Colletotrichum circinans, jika dibandingkan dengan lapisan yang lebih muda di bahagian yang lebih dalam, kerana bahagian yang lebih tua itu mengandungi lebih banyak sebatian ini. |
irony of fate | ironi takdir | Kesenian | Drama dan Teater | Peristiwa tidak diduga yang bertentangan dengan sesuatu yang dipercayai dan diharapkan oleh penonton. |
trick ending | akhiran muslihat | Kesusasteraan | Tiada | Peleraian dalam cerita yang tidak dapat diduga oleh pembaca. Hal ini demikian kerana tiada petunjuk daripada pengarang atau kerana pengarang sengaja menyimpan maklumat penting sehingga ke babak akhir cerita. Istilah ini dikenali juga sebagai akhiran di luar duga. |
kievitone | kieviton | Biologi | Patologi | Fitoaleksin isoflavanon yang dihasilkan oleh kacang buncis. Sebatian ini diduga memainkan peranan menyebabkan ketahanan perumah terhadap jangkitan Rhizoctonia solani. |
seed treatment | perawatan benih | Biologi | Patologi | Kaedah pengawalan penyakit dengan memperlakukan benih yang diduga membawa patogen supaya patogen tersebut musnah, misalnya fungisid dan lain-lain. bd. penyalutan benih. |
emotional instability | ketakstabilan emosi | Perubatan | Tiada | Kecenderungan untuk menunjukkan perubahan yang cepat dan tidak diduga dalam emosi. |
genestein | genestein | Biologi | Patologi | Sebatian isoflsvon yang dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuhan kekacang yang diduga berperanan sebagai fitoaleksin. |