diesel knock | ketukan diesel | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bunyi bising disebabkan perubahan tekanan mendadak dalam enjin diesel apabila berlaku pembakaran tidak terkawal. Keadaan ini terjadi apabila enjin tersebut beroperasi dalam keadaan sejuk atau berfungsi dalam kelajuan yang rendah. Ketukan diesel dipengaruhi nombor setana dan pemasaan suntikan lewat. |
diesel cycle | kitaran diesel | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Kitaran yang berlaku dalam enjin diesel tanpa memerlukan sistem pencucuh elektrik. |
diesel cycle | kitar diesel | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Prinsip kerja yang digunakan dalam operasi enjin diesel empat lejang. Kitar ini bermula dengan udara disedut semasa lejang pengambilan dan dimampatkan oleh pergerakan omboh semasa lejang mampatan ke takat terakhir atas. Semasa proses mampatan, udara mengalami kenaikan suhu dan tekanan. Sebelum lejang mampatan berakhir, bahan api disuntik ke dalam kebuk pembakaran. Proses mampatan seterusnya akan menaikkan lagi suhu campuran udara-bahan api sehingga melepasi titik kilat bahan api tersebut. Akibatnya, campuran ini tercucuh dengan sendiri dan proses pembakaran berlaku sepenuhnya semasa lejang kuasa. Kitar ini menjadi lengkap dengan hasil p ditolak keluar semasa lejang ekzos. Banding kitar Otto. |
diesel engine | enjin diesel | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Enjin yang beroperasi menurut kitaran empat lejang menggunakan bahan api diesel. |
diesel fuel | bahan api diesel | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Minyak yang digunakan sebagai bahan api dalam enjin diesel. |
emergency diesel power supply | bekalan kuasa diesel kecemasan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Peralatan yang membekalkan kuasa elektrik menggunakan bahan api diesel apabila bekalan kuasa utama terputus. |
centrifugal force | daya empat | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ukuran kualiti pencucuhan untuk bahan api diesel. Nombor setana yang rendah memerlukan suhu yang lebih tinggi untuk mencucuh bahan api diesel, atau sebaliknya. |
dual fuel engine | enjin bahan api duaan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Enjin yang boleh beroperasi dengan menggunakan dua jenis bahan api yang berlainan. Penggunaan bahan api tersebut boleh secara berasingan dan berturutan seperti enjin petrol-gas asli atau digunakan serentak mengikut nisbah campuran tertentu seperti enjin diesel-biodiesel. Dalam enjin petrol-gas asli, petrol hanya digunakan untuk memudahkan pembakaran ketika enjin sejuk dan semasa memecut. Dalam enjin diesel-biodiesel pula, diesel digunakan untuk membantu pembakaran biodiesel. |
clouding | pengabusan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pembentukan zarah halus atau wap daripada bahan api diesel yang menjadikan campuran bahan api dengan udara kelihatan berkabus. |
adiabatic engine | enjian adiabatik | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Enjin yang menggunakan bahan api diesel, tanpa memerlukan sistem penyejukan. Enjin ini beroperasi tanpa mengalami kehilangan haba. |