Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digalakkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tax allowanceelaun cukaiEkonomiTiadaElaun yang diberi kepada pembayar cukai supaya sejumlah pendapatan larasannya dikecualikan daripada cukai. Misalnya, elaun cukai pelaburan yang diberi kepada syarikat yang mengeluarkan keluaran yang digalakkan, atau kegiatan lain yang digalakkan. Semasa pengiraan cukai pada tahun taksiran, syarikat ini dibenarkan menolak elaun cukai daripada pendapatan larasan supaya pengecualian cukai diperoleh.
laissez fairelaissez faireGeografiTiadaFahaman yang mengatakan bahawa kerajaan tidak perlu dan tidak digalakkan campur tangan dalam urusan kegiatan ekonomi.
soft detergentdetergen lembutBiologiEkologiDetergen yang boleh terurai secara biologi. Pengggunaan detergen ini lebih digalakkan untuk mengurangkan pencemaran air.
deep breathing exercisessenaman pernafasan dalamPerubatanTiadaLatihan pernafasan yang dalam bagi mengelakkan infeksi paru-paru, yang digalakkan untuk kes-kes sebelum dan selepas pembedahan.
needle exchange programmeprogram penukaran jarum suntikanAIDSTiadaProgram pencegahan HIV/AIDS di kalangan penagih dadah intravena. Mereka digalakkan menukar jarum yang telah digunakan kepada yang baru. Program ini dijalankan di negara Thailand, Filipina dan Australia, tetapi tidak di Malaysia.
elaborative rehearsallatihan elaboratifPsikologiPsikologi UmumLatihan memproses maklumat secara mendalam untuk meningkatkan tahap ingatan. Dalam latihan ini, responden digalakkan untuk menghubungkan bahan baharu yang dibaca dengan sesuatu yang telah disimpan dalam ingatan. Sekiranya individu itu hanya mengulang ingat nama yang baru diberi, keberkesanannya tidak akan sama seperti sekiranya nama tersebut dikaitkan dengan nama yang telah ada dalam ingatan. Ingatan terhadap satu-satu nama akan menjadi lebih berkesan dengan menggunakan kaedah elaboratif berbanding sekadar mengulang ingatnya sahaja.
aggressiveagresifBiologiPatologiPerihal patogen yang mempunyai keagresifan yang tinggi. Oleh sebab istilah ini sama ertinya dengan virulen, penggunaan istilah agresif tidak digalakkan.
liquidity preference theoryteori keutamaan kecairanPentadbiran PerniagaanTiadaPenerangan tentang struktur tempoh kadar faedah yang menyatakan bahawa struktur tempoh adalah hasil daripada kecenderungan pelabur untuk memilih sekuriti jangka pendek. Pelabur hanya boleh digalakkan memegang sekuriti jangka panjang sekiranya mereka menjangkakan akan menerima pulangan yang lebih tinggi.
export allowanceelaun eksportEkonomiTiadaSatu insentif untuk menggalakkan eksport barang tertentu, seperti barang perindustrian, dengan cara memberi kemudahan potongan cukai kepada firma pada kadar tertentu yang dikira berdasarkan nilai eksport barang yang digalakkan.
rootingpengakaranPertanianAgronomi

 Proses pertumbuhan akar daripada biji benih atau bahan tampang termasuklah kalus. Pengakaran terbentuk sekiranya keadaan sekeliling merangsangkan seperti kelembapan, tekstur tanah atau media atau suhu yang sesuai. Pengakaran juga boleh digalakkan melalui aplikasi hormon seperti BAP atau sitokinin.

123

Kembali ke atas