Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.gi.tal] | ديݢيتل

Definisi : (Komp) beroperasi dgn menggunakan angka atau aksara lain utk mewakili data; mendigitalkan menukarkan (data dsb) kpd bentuk digital supaya dapat diproses secara langsung oleh komputer; pendigitalan proses (perihal, perbuatan dsb) mendigitalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.gi.tal] | ديݢيتل

Definisi : berhubungan dgn angka utk sistem tertentu; beroperasi dgn menggunakan angka dsb utk mewakili data. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[di.gi.tal] | ديݢيتل

Definisi : berhubungan dgn angka utk sistem tertentu; beroperasi dgn menggunakan angka dsb utk mewakili data. mendigitalkan menukarkan data dsb kpd bentuk digital supaya dpt diproses oleh komputer. pendigitalan proses atau perbuatan mendigitalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata digital


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
digital immigrantimigran digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang dilahirkan sebelum era teknologi digital ataupun seseorang yang dilahirkan selepas era teknologi digital, tetapi tidak terdedah kepada teknologi digital. Kebiasaannya mereka menjadi kekok apabila menggunakan teknologi digital ataupun menjadikan teknologi digital sebagai pilihan kedua. Contohnya mereka lebih selesa mengedit secara mencetak dokumen berbanding pengeditan secara dalam talian atau pada skrin. Banding jati digital.
digital nativejati digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranSeseorang yang sejak kecil lagi hidup dalam persekitaran teknologi digital ataupun seseorang yang "bahasa ibundanya" ialah bahasa digital bagi komputer, Internet dan peranti bergerak. Mereka selalu pantas dan tidak kekok untuk mendapat, mengolah dan menyebar maklumat digital. Mereka memerlukan persekitaran pembelajaran kaya-media untuk mengekalkan tumpuan. Banding imigran digital.
digital signaturetandatangan digitalTeknologi Maklumate-KesihatanIdentifikasi pelanggan yang disulitkan dan telah didaftarkan dengan pihak berkuasa. Tandatangan digital membolehkan identiti pengirim dokumen atau e-mel ditentusahkan dan memastikan dokumen yang dikirim tidak diubah suai. Individu yang mengirim dokumen berserta tandatangan digital tidak dapat menafikan bahawa dia yang telah mengirimkan dokumen tersebut. Terdapat dua jenis tandatangan digital, iaitu tandatangan yang disulitkan oleh pengirim sendiri dan sijil digital tersulit. Dalam bidang e-kesihatan, tandatangan digital akan dilampirkan bersama-sama e-mel atau dokumen kesihatan yang dikirim oleh seseorang yang telah diberikan autoriti.
digital fluencykefasihan digitalPendidikanTiadaKecekapan individu menggunakan teknologi digital secara berkesan serta kebolehan dalam mengendali, membina, menilai dan menentukan kemahiran digital yang perlu digunakan.
digital connectivityketerhubungan digitalTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaKeupayaan jaringan digital sebagai medium capaian Internet yang menghubungkan manusia, organisasi atau objek untuk berkomunikasi dan mengakses perkhidmatan seperti Jaringan Sejagat (WWW), e-mel, pekerjaan dan pembelajaran jarak jauh, e-dagang dan lain-lain. Contoh keterhubungan digital termasuklah teknologi Edge, 3G/4G/5G, Talian Pelanggan Digital Asimetri (ADSL), Jalur Lebar dan teknologi gentian optik.
digital storytellingpenceritaan digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranKaedah penyampaian kandungan sesuatu tajuk yang menggabungkan video, foto dan grafik digital dengan kaedah penceritaan. Video pendek berdurasi dua ke tiga minit yang mengandungi unsur visual, audio, bunyi, animasi dan suara latar berdasarkan skrip bagi mencipta cerita digital yang menarik. Kaedah penceritaan digital ini boleh diintegrasikan ke dalam pelbagai aktiviti e-pembelajaran.
digital leadershipkepemimpinan digitalPendidikanTiadaKeupayaan individu untuk mendorong dan mengetuai transformasi sekolah menerusi teknologi, mencipta dan mengekalkan budaya pembelajaran digital, menyokong pembangunan teknologi berasaskan profesional, membekalkan kepemimpinan dan pengurusan digital, serta memudahkan dan menguruskan isu sosial, etika dan perundangan.
digital imageimej digitalTeknologi Maklumate-KesihatanPerwakilan imej dalam bentuk digital. Pendigitan imej analog membenarkan perkembangan dan penambahbaikan proses analisis dalam bidang seperti pemeliharaan artifak, perubatan, astronomi, perundangan, dan pertahanan. Keupayaan pengkomputeran yang tinggi memudahkan lagi pemprosesan imej digital dengan lebih tepat, seperti pembinaan semula imej tengkorak yang rosak akibat kemalangan.
digital certificatesijil digitalTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerSijil elektronik yang mendedahkan butiran peribadi semasa melakukan urus niaga dalam web. Sijil ini dikeluarkan oleh autoriti pensijilan dan mengandungi nama pemegang, nombor siri, tempoh tamat, salinan kekunci awam pemegang sijil yang digunakan untuk penyulitan mesej dan tandatangan digital, serta tandatangan digital autoriti pengeluar sijil supaya penerima boleh mengesahkan kesahihan sijil tersebut.
digital learning objectsobjek pembelajaran digitalTeknologi Maklumate-PembelajaranSumber multimedia pembelajaran yang kecil, modular dan diskret serta boleh digunakan atau diguna semula dalam penyampaian pengajaran terutamanya dalam persekitaran digital. Biasanya, objek pembelajaran digital lengkap dengan hasil pembelajaran, kandungan pelajaran, aktiviti dan pentaksiran. Objek pembelajaran digital boleh berbentuk video, animasi, kuiz, artikel, imej, klip audio atau mana-mana gabungan tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas