illicit drug | dadah terharam | Perubatan | Tiada | Dadah yang penggunaannya diharamkan oleh pihak pemerintah kerana dadah tersebut dapat menimbulkan ketagihan atau kesan buruk pada pemikiran, seperti halusinasi dan euforia, yang seterusnya boleh menimbulkan gejala sosial yang buruk. Misalnya, heroin, mofina, LSD (lisergida) dan ganja. |
one-party system | sistem satu parti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem yang membenarkan hanya satu parti politik wujud dalam sebuah negara. Kehadiran parti lain atau parti pembangkang dianggap menyalahi undang-undang dan diharamkan. Sistem ini hanya terdapat di negara yang mengamalkan sistem politik komunis dan fasis. Parti tunggal yang wujud inilah yang akan membentuk kerajaan, memonopoli persaingan politik dan pembangunan negara tersebut. Persaingan politik hanya wujud dalam bentuk persaingan dalaman parti yang bersifat terbatas. Contohnya, Parti Komunis China di Republik Rakyat China dan pemerintahan Parti Nazi Jerman di bawah pemerintahan Hitler. |
zoo virus | zoo virus | Teknologi Maklumat | Tiada | Tapak web yang menyimpan koleksi virus Internet. Virus dikurung dalam persekitaran terasing untuk tujuan latihan dan penyelidikan antivirus. Zoo virus tidak boleh didapati di luar daripada makmal syarikat antivirus. Laman ini diharamkan oleh sesetengah negara. |
electrofishing | pancing elektrik | Perikanan | Tiada | Kaedah menangkap ikan dengan mengalirkan arus eletrik ke dalam air untuk melalikan ikan. Pancing elektrik digunakan bagi tujuan tertentu seperti memudahkan ikan dikumpulkan untuk kajian saintifik dengan menanda ikan atau untuk memindahkan ikan ke tempat lain. Kaedah ini diharamkan kepada orang awam bagi menggelakkan penyalahgunaan penangkapan ikan di kawasan air tawar. |
asset | aset | Ekonomi | Ekonomi Islam | Benda halal dan bernilai yang dimiliki serta boleh dipindah milik oleh individu, firma dan ejen lain dalam ekonomi. Aset terbahagi kepada dua jenis, iaitu aset benar seperti rumah, tanah dan bangunan, dan aset kewangan seperti wang dan sukuk. Benda yang diharamkan oleh syariah seperti arak, bangkai dan wang riba tidak dianggap aset dalam Islam tetapi masih dianggap sebagai aset bagi orang bukan Islam. |
food adulteration | pengadukan makanan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Perbuatan atau proses yang menjadikan makanan tidak tulen atau rendah mutunya. Sesuatu makanan itu dianggap diadukkan atau dipalsukan jika: (i) Makanan mengandungi racun atau bahan yang boleh merosakkan kesihatan pengambilnya; (ii) makanan mengandungi kotoran; (iii) makanan mengandungi aditif yang diharamkan untuk menyembunyikan mutu rendah; (iv) makanan yang seluruh atau sebahagian juzuknya dikeluarkan dan digantikan dengan ramuan lain; (v) makanan mengandungi bahan untuk menambah kuantiti, atau mengubah kualitinya sehingga kelihatan lebih baik daripada sebenarnya. |
sanad nasib | bon dividen | Perniagaan Islam | Tiada | Bon yang diterbitkan dengan nilai catatan sama dengan nilai sebenar. Bon ini diberi faedah berdasarkan tempoh tertentu melalui undian setelah cukup tempoh bagi memilih bon yang boleh dibayar semula berserta dengan faedah yang dijanjikan, dan memilih bon yang tidak diberi faedah. Bon dividen diharamkan oleh syarak kerana dianggap seperti loteri atau judi. |
DDT | DDT | Biologi | Ekologi | Nama kimia, 1,1,1,-trikloro-2,2,-bis (p-klorofenil) etana. Racun serangga hidrokarbon berklorin yang pertama kali dikeluarkan. DDT mempunyai separuh hayat selama 15 tahun, dan sisanya boleh menjadi pekat dalam tisu lemak setengah-setengah organisma, terutama ikan. Disebabkan oleh ketahanannya terhadap sekitaran dan kebolehannya untuk mengumpul dan menjadi semakin pekat dalam rantai makanan, kegunaannya telah diharamkan hampir di kesemua negara. |
DDT | DDT | Kimia | Forensik | Formula kimia, C14H9C15; nama kimia, diklorodifeniltrikloroetana, takat lebur 108.5�C - 109�C. Bahan yang larut dalam piridina dan dioksan, larut separa dalam aseton, karbon tetraklorida, dan tidak larut dalam air. lnsektisid hidrokarbon berklorin ini dapat menghapuskan semua serangga. Ketoksikannya agak rendah terhadap mamalia (LDSD oral ialah 300 mg/kg - SOO mg/kg), tetapi mempunyai ketoksikan yang tinggi terhadap ikan. Tempoh setengah hayat biologi DDT adalah lebih kurang 8 tahun. Kegunaannya kini diharamkan di beberapa negara. |
formalism | formalisme | Kesusasteraan | Tiada | Kajian bentuk teks secara rapi. Kajian ini bertumpu pada aspek struktur seperti meter, rima, teknik penceritaan dan lain-lain. Pemikiran formalisme berkait rapat dengan linguistik kerana cara menganalisis bahan secara saintifik yang diamalkan dalam bidang linguistik diterapkan dalam bidang sastera. Menurut pemikiran formalisme, penulisan sastera menggunakan bahasa dengan cara yang istimewa, iaitu berbeza dengan bahasa harian. Konsep ini dikenali sebagai defamiliarisation atau penganehan. Aliran formalisme bermula di Rusia semasa Revolusi 1917. Ahli pemikir formalisme amat berpengaruh pada dekad dua puluhan di Rusia tetapi gerakan mereka diharamkan Antara tokoh formalisme Rusia yang terpenting ialah Victor Shklovsky, Boris Tomashevsky, dan Boris Eichenbaum. Lihat juga penganehan. |