literati | pujangga | Kesusasteraan | Tiada | Sasterawan yang dihormati kerana nilai karya dan fikirannya yang tinggi. |
bard | barda | Kesusasteraan | Tiada | Seniman puisi yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Seniman ini memainkan peranan utama sebagai individu yang membacakan puisi tertentu dalam perayaan tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Umumnya, puisi yang dibacakan berkisar tentang kegemilangan pencapaian suatu kelompok masyarakat atau meraikan watak hero yang hidup dalam budaya pemikiran masyarakat tersebut. Contohnya di Wales, barda masih berperanan penting dalam perayaan tahunan Eisteddfod yang bermula sejak abad ke-12, Barda mungkin boleh disamakan dengan tokoh penglipur lara dalam tradisi Melayu. Penglipur lara merupakan seniman rakyat yang berada di pentas utama dalam sesuatu upacara perayaan zaman silam. Mereka merupakan tukang cerita dan pemuisi yang mempersembahkan cerita dalam upacara tertentu, sama ada kepada khalayak istana ataupun desa. Sama seperti persembahan barda, persembahan penglipur lara Melayu juga d |
ego need | keperluan ego | Pentadbiran | Tiada | Keperluan manusia untuk dihormati, dan disanjungi kerana kejayaan atau kedudukan yang telah dicapainya. |
psychological needs | keperluan psikologi | Gerontologi | Tiada | Faktor dalaman seperti ketenangan, kasih sayang dan perasaan dihormati yang perlu dipenuhi supaya individu itu mendapat kestabilan psikologi. |
grave | makam | Kesenian | Seni Bina | Tempat orang yang telah meninggal dunia dikebumikan, biasanya untuk golongan yang dihormati seperti raja dan pahlawan. |
dignity | darjah; maruah | Sejarah | Tiada | 1. Gelaran, kedudukan atau pangkat yang tinggi atau jawatan yang tinggi.,2. Sifat sesuatu yang menunjukkan kemuliaan atau kebesaran serta dihormati. |
testimonial format | format pembuktian | Komunikasi | Korporat | Kaedah pengiklanan yang menggunakan cara pengendorsan melalui seorang jurucakap. Jurucakap yang dipilih adalah terdiri daripada individu yang mempunyai kedudukan yang dihormati dan dikenali serta pakar bidang yang pernah melalui pengalaman menggunakan barangan atau perkhidmatan yang diiklankan. Contohnya, seorang ketua jurutera pasukan pelumbaan Formula 1 yang memberikan kenyataan pembuktian tentang kehebatan minyak pelincir yang diiklankan. Kekuatan pendekatan iklan ini bergantung pada kewibawaan jurucakap yang memberikan bukti sebenar keistimewaan sesuatu barangan. |
public value | nilai awam | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sifat murni yang seharusnya dimiliki oleh masyarakat sebagai satu norma sosial dalam kehidupan seharian. Setiap kelompok masyarakat mempunyai nilai yang tersendiri seperti memerlukan kebebasan, keadilan, hak yang dihormati, keselesaan dan keamanan. Semua nilai ini diharapkan dapat dipelihara secara bersama oleh pemerintah dan anggota masyarakat secara serentak, walaupun hakikatnya mungkin hanya separuh tercapai. |
diplomatic correspondent | koresponden diplomatik | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pihak yang terlibat dalam membuat liputan tentang hal ehwal luar negeri, seperti acara persidangan antarabangsa. Pihak ini termasuklah wartawan dan penyelidik yang membuat kajian secara mendalam. Hasil kerja mereka selalunya dihormati oleh anggota masyarakat hal-ehwal luar negeri. Koresponden diplomatik biasanya pakar dan fasih dalam bahasa yang digunakan oleh diplomat, dan mempunyai hubungan dalam lingkaran diplomat. Koresponden diplomatik bebas untuk menulis ideologi peribadi mereka sendiri dalam membuat tafsiran dan laporan. Mereka memperoleh maklumat daripada sumber yang percayai dalam sesebuah kementerian luar negeri. |
esteem needs | keperluan penghargaan | Psikologi | Psikologi Umum | Keperluan peringkat tinggi manusia yang mengharapkan penghargaan daripada orang lain. Keperluan ini disenaraikan oleh Maslow dalam hierarki keperluan manusia. Setiap manusia bukan sahaja didorong untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan, minuman, seks dan kasih sayang tetapi juga keperluan supaya dihormati dan dihargai oleh orang lain. |