warm market | pasaran hangat | Ekonomi | Tiada | Rangkaian bakal pelanggan yang pernah dihubungi atau mempunyai perhubungan sebelum ini seperti ahli keluarga, rakan sekerja, jiran dan sebagainya. |
customer service hotline | talian penting perkhidmatan pelanggan | Pelancongan | Tiada | Nombor telefon yang perlu dihubungi untuk mendapatkan perkhidmatan tertentu. |
accessibility | kesampaian | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Keadaan atau persekitaran yang menunjukkan mudah dihubungi. |
on call employees | pekerja bidan terjun | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Orang yang sedia bekerja apabila dihubungi untuk membuat kerja-kerja sambilan di hotel dan mereka ini bukan pekerja tetap atau pekerja sambilan. |
transit mall | kawasan beli-belah singgah | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kawasan beli-belah yang lengkap dan dihubungi oleh perkhidmatan pengangkutan. |
thermodynamic definition of entropy | takrifan termodinamik entropi | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Entropi yang ditakrifkan dari sudut termodinamik sebagai suatu fungsi intensif keadaan S (E,X) yang meningkat secara berekanada dengan tenaga E dan bergantung pada keadaan X. Jika keadaan B boleh dihubungi secara adiabatik dengan keadaan A, maka entropinya boleh dijelaskan sebagai SB � SA. |
pawn item auctioned | lelongan barang gadaian | Ekonomi | Ekonomi Islam | Penjualan barang gadaian secara lelong apabila penggadai gagal menebus semula barang gadaian. Tindakan ini dilakukan selepas tempoh tertentu notis peringatan terakhir penebusan diberikan kepada penggadai. Sebelum lelongan dilakukan, penggadai sebagai pemilik barang gadaian akan dihubungi dan dimaklumkan. Lelongan dilakukan oleh syarikat pelelong berlesen setelah notis lelongan dipaparkan untuk maklumat orang awam. |
tool house | rumah perkakas | Kejuruteraan | Petroleum | Bangunan atau rumah yang biasanya berdekatan dengan tempat operasi digunakan sebagai tempat menyimpan alat-alat yang akan atau telah digunakan dalam pelaksanaan operasi yang bersangkutan. Biasanya, rumah ini berdekatan dengan tempat operasi akan dijalankan atau tempat yang mudah dihubungi supaya tidak akan mengganggu pelaksanaan operasi berkenaan. |
Lightweight Directory Access Protocol (LDAP) | protokol capaian direktori ringan (LDAP) | Teknologi Maklumat | Tiada | Protokol rangkaian yang direka bentuk untuk bertugas ke atas tindanan TCP/IP bagi mengekstrak maklumat dari direktori berhierarki seperti X.500. Protokol ini memberikan pengguna alat tunggal untuk mencari sesuatu maklumat seperti nama pengguna , alamat e-mel, sijil keselamatan atau maklumat untuk dihubungi. Protokol ini dibangunkan oleh IETF (Internet Engineering Task Force) Lihat juga CCITT X Series |
garden city movement | gerakan bandar taman | Kesenian | Seni Bina | Kaedah perancangan bandar kendiri yang dipelopori oleh Sir Ebenezar Howard dari United Kingdom pada tahun 1898. Menurut beliau, sebuah bandar taman yang ideal perlu mempunyai kepadatan penduduk seramai 32,000 orang di atas tanah seluas 2.4 hektar dan dirancang dengan pola berpusat yang mengandungi kawasan lapang, taman awam dan enam kawasan persiaran yang berjejarian. Gabungan beberapa buah bandar taman akan membentuk bandar utama yang berkepadatan 50,000 orang, dan boleh dihubungi melalui jalan raya dan landasan keretapi. Daripada ilham beliau, telah timbul idealogi baharu yang menjadi idealogi terkini, iaitu pembinaan bandar lestari. |