seed financing | biaya benih | Pentadbiran | Tiada | Wang yang dilabur dalam projek yang belum dijalankan, sudah dijalankan ataupun projek yang sedang dalam pembangunan. |
wood failure | kegagalan kayu | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Peratus luas permukaan gentian kayu yang masih tertinggal di kawasan garis perekat selepas ujian ricih sempurna dijalankan. Penentuan dijalankan dengan meneliti secara visual. |
pilot study | kajian perintis | Perubatan | Tiada | Kajian yang dijalankan sebagai percubaan sebelum satu kajian besar dijalankan. Bertujuan meninjau keberkesanan kaedah, mengenal pasti kelemahan dan menggunakan hasil sebagai panduan. |
control | kawalan | Sains Forensik | Tiada | Ujian yang dijalankan seiring dengan ujian sampel bukti. Ujian ini dilakukan untuk menunjukkan bahawa prosedur ujian tersebut dijalankan dengan betul. |
bearing test | ujian galas | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Ujian yang dijalankan di tapak bagi menentukan keupayaan galas asas cerucuk seperti ujian beban senggara dan kadar penembusan malar atau ujian yang dijalankan ke atas sampel tanah untuk mendapatkan keupayaan galas tanah seperti ujian mampatan tiga paksi dan sebagainya. |
vacuum distillation | penyulingan vakum | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses penyulingan yang dijalankan dalam keadaan vakum, iaitu pada tekanan di bawah aras tekanan atmosfera. Tujuannya adalah untuk mengurangkan takat didih campuran bagi memudahkan pemisahan secara penyulingan dijalankan tanpa melibatkan tenaga yang banyak kegunaannya selalu didapati dalam industri yang melibatkan bahan yang peka terhadap suhu tinggi. |
parent child separation | pemisahan anak daripada ibu bapa | Pergigian | Tiada | Kaedah mengatasi masalah kanak-kanak yang tidak bekerjasama semasa prosedur rawatan dijalankan. Biasanya ibu bapa berada di samping kanak-kanak semasa rawatan pergigian dijalankan. Kanak-kanak akan membuat ragam dengan kehadiran ibu bapa mereka dan mengganggu kelancaran prosedur rawatan. Dengan kaedah ini ibu bapa diminta menunggu di luar bilik rawatan. |
deep sedation | sedasi penuh | Pergigian | Tiada | Kaedah yang dijalankan dengan memberi suntikan ubat pelali atau inhalasi gas nitrus oksida. Kaedah ini dapat membantu rawatan kepada kanak-kanak yang susah dikawal atau pesakit yang gementar atau takut dengan rawatan. Pesakit kurang sedar tetapi perhubungan komunikasi verbal masih boleh dijalankan. Pesakit yang diberi sedasi penuh boleh mengalami depresi kardiorespiratori. Oleh itu, pesakit harus diawasi dengan teliti sehingga sedar sepenuhnya selepas rawatan. |
conscious sedation | sedasi sedar | Pergigian | Tiada | Kaedah yang dijalankan dengan memberi suntikan ubat pelali atau inhalasi gas nitrus oksida. Kaedah ini dapat membantu rawatan bagi kanak-kanak yang susah dikawal atau pesakit yang gementar atau takut dengan rawatan. Pesakit separa sedar tetapi perhubungan komunikasi verbal masih boleh dijalankan. |
test excavation | ekskavasi percubaan | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Ekskavasi yang dilakukan pada satu petak untuk melihat potensi arkeologi pada tapak kajian sebelum ekskavasi menyeluruh dijalankan. Ekskavasi percubaan biasanya akan dijalankan sehingga lapisan budaya pertama ditemui atau pada kedalaman yang munasabah. Sinonim gali cari percubaan. |