Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umum
1. Bersinonim dengan biasa
( sudah lazim, bukan rahsia lagi, tidak asing lagi, ghalibnya, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan secara keseluruhan
( tidak terbatas, tidak terhad, )
(adjektif:)
Berantonim dengan khusus

3. Bersinonim dengan orang awam
( khalayak ramai, orang ramai, orang biasa, orang preman, mahajana, )
(kata nama:)

Kata Terbitan : seumumnya, mengumumkan, pengumuman,

Peribahasa

Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga.

Bermaksud :

Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum. (Peribahasa lain yang sama makna: Menyimpan embacang masak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
deductive procedurekaedah deduktifPendidikanTiadaKaedah pengajaran secara mendedahkan pelajar kepada prinsip yang diketahui umum, dan kemudiannya menyertakan contoh yang sesuai dan lebih khusus.
trade secretrahsia daganganKejuruteraanKejuruteraan KimiaCiptaan yang dipraktikkan oleh syarikat tertentu, yang dilindungi oleh undang-undang dagangan untuk tidak diketahui umum.
platonismplatonismeKesusasteraanTiadaDoktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek terse
AlmagestAl-magistiMatematikTiadaBuku falak mengandungi katalog 1080 bintang susunan Ptolemy dari Iskandariah kira-kira pada tahun 140 M., dan diterjemahkan ke bahasa Arab dalam abad ke-9, kemudian diketahui umum di Eropah setelah diterjemahkan ke bahasa Latin pada abad ke-12.
GRAS (generally regarded as safe)GRASBioteknologiTiadaPenanda untuk sesetengah bahan makanan, drug, dan bahan lain di Amerika Syarikat. Status GRAS dapat diberi kepada sebatian yang berkait rapat dengan bahan-bahan yang digunakan untuk tujuan yang sama atau bahan-bahan yang diketahui umum yang dianggap selamat walaupun tanpa ujian mendalam.
judicial noticenotis kehakimanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPeraturan dalam undang-undang keterangan yang membenarkan mahkamah menerima sesuatu fakta (termasuk undang-undang) yang diketahui umum tanpa perlu dibuktikan oleh pihak yang bertelingkah di dalam mahkamah. Melalui peraturan ini, sesuatu fakta boleh diterima oleh mahkamah jika kebenaran fakta tersebut terlalu jelas dan tidak boleh disangkal lagi. Dengan itu, pihak yang bertelingkah tidak memikul beban untuk mengemukakan bukti bagi menunjukkan kebenaran fakta tersebut. Contohnya, di Malaysia, umum mengetahui bahawa tarikh 31 Ogos ialah cuti umum, maka mahkamah nasional akan mengambil notis kehakiman tentang fakta ini, dan fakta ini tidak perlu dibuktikan lagi. Namun, dalam konteks undang-undang antarabangsa, mahkamah atau tribunal antarabangsa tidak boleh mengambil notis kehakiman tentang sesuatu fakta dari undang-undang nasional. Mahkamah antarabangsa memerlukan bukti tentang undang-undang nasional itu yang boleh diberi oleh pakar undang-undang nasional tersebut, malah boleh juga melakukan pen
barotropic instabilityketakstabilan barotropiSainsHidrometeorologiKetakstabilan hidrodinamik yang timbul daripada taburan tertentu kevortisan di dalam aliran tak capah dua dimensi. Ini merupakan ketakstabilan inersia kerana hanya tenaga kinetik yang berpindah antara arus dan gangguan. Ubahan kevortisan (iaitu ricihan) di dalam arus asas mungkin tertumpu dalam ketakselanjaran ricihan angin mendatar (untuk dibezakan daripada ketakstabilan Helmholtz, yang halajunya sendiri tak selanjar) atau mungkin terus tersebar dalam profil halaju lengkung. Suatu keadaan yang perlu diketahui umum untuk ketakstabilan barotropi ialah kevortisan mesti berubah (iaitu hilang) di titik ricihan maksimum.
epic similesimile epikKesusasteraanTiadaSusunan simile panjang yang terdapat dalam karya epik. Simile epik berperanan sebagai suatu cara pencerita atau pengarang membuat perbandingan tentang sesuatu perkara dengan lebih terperinci dan menarik. Perbandingan dibuat biasanya merujuk kepada perkara yang terdapat di dalam dan di luar karya epik, khususnya yang berkaitan dengan peristiwa, sejarah, amalan atau tatacara hidup masyarakat yang telah diketahui umum. Sinonim simile homerik.
deductive reasoningpentaakulan deduktifPsikologiPsikologi UmumPemikiran logik yang digunakan oleh individu untuk menaakul kenyataan daripada aras yang umum kepada yang lebih khusus. Pentaakulan biasanya bersifat silogisme berdasarkan kepada premis atau proposisi yang mewakili fakta yang sedia diketahui. Sekiranya semua cakerawala mengelilingi matahari dan bumi itu salah satu cakerawala, maka bumi akan mengelilingi matahari.
sarcoidosissarkoidosisPerubatanTiadaSejenis retikulosis granulomatus umum progresif dan kronik yang tidak diketahui etiologinya, melibatkan hampir mana-mana organ atau tisu, termasuk kulit, peparu, nodus limfa, hati, limpa, mata dan tulang-tulang kecil tangan dan kaki. Secara histologi, penyakit ini dicirikan dengan tuberkel-tuberkel sel epitelioid yang tidak berkaseasi di dalam kesemua organ dan tisu yang terlibat. Bentuk akutnya bermula secara mendadak dan dengan kadar pemulihan sementara yang spontan, manakala bentuk kroniknya pula bermula sedikit demi sedikit dan menjadi semakin progresif.
12

Kembali ke atas