Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diketuai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Burgundian SchoolBurgundi (kumpulan)MuzikTiada

 Aliran seni muzik yang diketuai oleh sekumpulan pencipta muzik Perancis dan Belanda pada abad ke-15 dan abad ke-16. Pencipta muzik berkait rapat dengan beberapa orang Duke Burgundi. Burgundi ialah kumpulan pertama yang berasal daripada kumpulan Netherlands. Kumpulan Burgundi antaranya diketuai oleh Dufay (1400-1474). Binchois (1400-1460) dan Busnois (1430-1492). Karya utama termasuk chanson dan rondeau. Lihat juga Netherlands (kumpulan), Flemish (kumpulan).

Peloponnesian WarPerang PeloponesiaSains PolitikHubungan AntarabangsaPeperangan yang bermula pada tahun 431 SM antara dua pakatan tentera yang diketuai oleh Athens dan Sparta. Punca permusuhan yang mengakibatkan peperangan ini ialah persaingan perdagangan dan kekuasaan tentera laut antara Athens dengan Corinth. Athens merupakan salah sebuah negara bandar Greek yang berpengaruh dan mengetuai pakatan yang terdiri daripada beberapa buah negara bandar lain seperti Rhodes, Miletus dan Corcyra, manakala Corinth pula merupakan salah sebuah negara bandar yang menganggotai Liga Peloponesia, iaitu pakatan yang diketuai oleh Sparta.
barometric price leadershipkepimpinan harga barometerEkonomiTiadayang diketuai oleh sebuah firma, biasanya yang paling dipercayai bijak menilai perubahan dalam permintaan dan kos, dan firma-firma lain berpandu kepada harga ini dalam penentuan harganya.
collusive price leadershipkepimpinan harga sepakatEkonomiTiadaPenentuan harga dalam pasaran oligopoli yang diketuai oleh firma yang lebih besar. Firma-firma lain dalam pasaran akan mengikut harga berkenaan dalam penentuan harganya.
non-directive tutorialtutorial tak berarahanPendidikanTiadaTutorial yang menggalakkan pelajar memberi pandangan dan soalan secara spontan dan hanya diketuai atau dibantu oleh pembimbing.
scuba divingselam skubaPerikananTiadaAktiviti menyelam dengan menggunakan peralatan skuba yang lengkap. Aktiviti ini biasanya dilakukan secara berkumpulan yang diketuai oleh seorang ketua penyelam.
Hawthorne experimentuji kaji HawthornePentadbiranPentadbiran Awam

Program penyelidikan mengenai impak persekitaran fizikal kerja terhadap moral dan kecekapan pekerja. Kajian ini diketuai oleh Alton Mayo yang melahirkan orientasi hubungan manusia dalam pentadbiran awam. Antara lain kajian ini menekankan lima aspek penting, pertama, masalah manusia yang memerlukan penyelesaian secara kemanusiaan; kedua, tujuan kajian adalah untuk mengkaji keberkesanan hubungan majikan dan pekerja; ketiga, hipotesis kajian ialah masalah kemanusiaan perlu dikendalikan mengikut lunas kemanusiaan dengan menggunakan data dan tatacara manusiawi, keempat, responden yang menjadi rujukan kajian ialah majikan dan pekerja di perusahaan Hawthorne, dan kelima, kaedah pengumpulan data adalah menggunakan pendekatan pemerhatian ikut serta dan temu bual. Eksperimen ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang kuat antara persekitaran fizikal dengan tingkat kecekapan pekerja.

Baruch PlanRancangan BaruchSains PolitikHubungan AntarabangsaRancangan peringkat antarabangsa bagi mengawal tenaga atom. Rancangan ini dicadangkan oleh delegasi Amerika Syarikat yang diketuai oleh Benard Baruch kepada Jawatankuasa Tenaga Atom PBB pada tahun 1946. Rancangan ini bertujuan untuk menubuhkan satu institusi antarabangsa yang mengawal selia semua pengeluaran senjata nuklear dan hak melintasi sempadan negara bagi tujuan pengesahan dan pemeriksaan pembangunan senjata tersebut. Walau bagaimanapun, Kesatuan Soviet menentang rancangan ini dan mencadangkan supaya suruhanjaya pengawal senjata tertakluk kepada keputusan Majlis Keselamatan PBB. Kesatuan Soviet juga mencadangkan supaya semua stok senjata nuklear Amerika Syarikat dimusnahkan terlebih dahulu.
anaesthesia care teampasukan rawatan anestesiaPerubatanTiadaPasukan perawat yang terdiri daripada pengamal perubatan anestesia yang ditugaskan untuk merawat pesakit. Pasukan ini biasanya diketuai oleh seorang pakar anestesia.
Hoover CommissionSuruhanjaya HooverSains PolitikHubungan AntarabangsaBadan yang bebas daripada pengaruh parti politik. Anggotanya terdiri daripada pakar dalam bidang perniagaan dan ikhtisas, dan diketuai oleh bekas presiden Amerika Syarikat, Herbert C. Hoover. Suruhanjaya ini ditubuhkan pada tahun 1947 di bawah Undang-Undang Awam 162 (kongres ke-80) bertujuan untuk memeriksa dan menambah baik struktur dan praktis badan eksekutif kerajaan persekutuan Amerika Syarikat. Antara tahun 1949 � 1955, hampir sebahagian daripada saranan yang dikemukakan oleh pasukan petugas telah diterima pakai oleh pihak kerajaan.
1234

Kembali ke atas