Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dik.ta.tor] | ديکتاتور

Definisi : pemerintah mutlak, terutamanya yg merampas kuasa tanpa mengikut per­lem­bagaan dan menggunakannya secara zalim: rakyat negara yg diperintah oleh seorang ~ jarang-jarang mempunyai kebebasan asasi; kediktatoran 1. pemerintahan oleh dik­tator: pemerintahan ini mengambil rupa bentuk kerajaan satu parti atau ~ tentera; 2. kuasa mutlak atau tertinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dik.ta.tor] | ديکتاتور

Definisi : orang yg memerintah dgn kuasa mutlak atau tidak terbatas. kediktatoran sifat (sikap) sbg diktator: Beliau tidak disukai kerana ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diktator


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dictatordiktatorSains PolitikPolitik PerbandinganSeseorang yang memiliki kuasa mutlak dan memerintah secara kuku besi. Pemerintah kejam ini sentiasa menafikan hak politik masyarakat seperti kebebasan mengundi, hak untuk bersuara, berorganisasi, berkumpul dan sebagainya. Setiap keputusan politik ditentukan oleh beliau tanpa diperiksa oleh pihak lain. Seorang diktator biasanya memerintah dengan sokongan agensi pemerintahan seperti tentera, polis, perkhidmatan awam dan mahkamah. Undang-undang yang diamalkan di bawah pemerintahan diktator bersifat tegar, berat sebelah dan tidak demokratik. Diktator juga akan menghukum secara sewenang-wenangnya penentang politik yang mencabar kuasa beliau. Contohnya, Jeneral Pinochet sewaktu memerintah Chile pada tahun 1 970-an.
totalitarianismtotalitarianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang merujuk kepada pemerintahan seorang diktator atau satu parti tunggal. Fahaman ini menghalang kebebasan orang ramai serta meletakkan kedudukan rakyat subordinat di bawah kuasa pemerintah dalam semua aspek kehidupan. Penggunaan kekerasan, sekatan kebebasan dan hukuman yang berat kepada orang ramai merupakan ciri-ciri utama fahaman ini untuk memastikan matlamat pemimpin atau negara tercapai. Contohnya, sistem pemerintahan komunis semasa Stalin di Soviet Union dan Fasis Hitler di Jerman. Sinonim faham totalitarian.
absolute powerkuasa mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganSatu bentuk kuasa yang hanya dikuasai oleh seseorang, sekelompok atau organisasi tertentu tanpa sebarang kuasa menyemak, amalan pembahagian kuasa atau perkongsian kuasa. Pemerintahan ini dikuasai oleh seorang diktator, raja atau sebuah parti yang terpusat kuasanya. Segala keputusan politik ditentukan oleh pemerintah sama ada semasa menggubal, melaksanakan, mentafsir undang-undang dan menentukan dasar luar dan pentadbiran negara. Walau bagaimanapun, konsep kuasa mutlak harus dibezakan dengan konsep kuasa mutlak kerajaan. Kuasa mutlak kerajaan merujuk kepada kerajaan yang memiliki kuasa mutlak dalam menentukan keputusan yang terbaik untuk kebaikan negara. Contoh kuasa mutlak dapat diIihat semasa pemerintahan ldi Amin di Uganda pada dekad 1970-an yang bersifat diktator.
civilian rulepemerintahan awamSains PolitikPolitik PerbandinganKerajaan yang dibentuk hasil daripada pemilihan yang ditentukan oleh anggota masyarakat. Kerajaan ini memperoleh legitimasi untuk memerintah melalui proses pilihan raya atau pungutan suara. Hal ini berbeza dengan kerajaan tentera, monarki atau diktator. Dalam pemerintahan awam, rakyat merupakan sumber rujukan utama dan kerajaan pula bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat dalam setiap pelaksanaan sesuatu dasar. Dalam sistem pemerintahan ini, bidang kuasa pemerintahan diagihkan kepada tiga institusi iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Sekiranya berlaku penyalahgunaan kuasa dalam pemerintahan ini, rakyat berhak mendesak kerajaan atau pemerintah meletak jawatan. Contohnya, Kerajaan Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan awam.
totalitarian governmentkerajaan totalitarianSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintah yang melaksanakan pemerintahan berasaskan penguasaan ketat terhadap individu. Penguasaan ini bertujuan supaya individu tunduk kepada pemerintah dan ini dilakukan dalam semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, pengeluaran, pendidikan, pentadbiran atau ruang sosial. Kerajaan seperti ini tidak membenarkan persaingan politik secara terbuka, kewujudan parti pembangkang dan kebebasan NGO. Hukuman keras dilaksanakan kepada penentang kerajaan. Kerajaan jenis ini boleh muncul sama ada melalui satu revolusi seperti yang berlaku di China dan Soviet Union atau secara kemunculan seorang diktator yang sangat berpengaruh seperti Hitler di Jerman dan Mussolini di Itali.
power concentrationpenumpuan kuasaSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan kuasa yang tertumpu kepada seseorang atau sesebuah parti poIitik tanpa diagihkan kepada orang atau parti lain. Penumpuan ini menjadikan individu atau kelompok tersebut mendominasi politik dalam negara tersebut. Di samping itu, kuasanya turut mengawal perjalanan ekonomi dan undang-undang negara. Kuasa membuat undang-undang (legislatif), melaksanakan (eksekutif) dan mentafsir undang-undang (kehakiman) semua terIetak di tangan penguasa ini. Penguasa ini tidak mempunyai badan penyemak dalam pemerintahannya dan ini menjadikannya bebas mengenakan tekanan kepada sesiapa sahaja. Contohnya, penumpuan kuasa yang terdapat dalam pemerintahan sultan atau raja masyarakat Melayu tradisional dahulu dan diktator fasis dalam pemerintahan moden.

Kembali ke atas