pseudooperation | pseudokendalian | Kejuruteraan | Tiada | Operasi yang tidak dilaksanakan dengan menggunakan perkakasan tetapi dilaksanakan dengan menggunakan makrosuruhan atau perisian khas. |
multitasking) | multitugas | Teknologi Maklumat | Perisian | Kaedah yang membenarkan beberapa tugas atau proses dilaksanakan dengan perkongsian sumber pemprosesan sepunya seperti CPU. Bagi komputer yang mempunyai satu CPU, hanya satu tugas dapat dilaksanakan dalam satu-satu masa dan ini menimbulkan masalah melaksanakan multitugas. Bagi mengatasi masalah ini, penjadualan tugas digunakan dengan cara suatu tugas dilaksanakan pada masa yang diberikan manakala tugas lain perlu menunggu giliran masing-masing. Tindakan CPU yang beralih untuk melaksanakan tugas lain dikenali sebagai suis konteks. |
remote procedure call (RPC) | panggilan prosedur jauh (RPC) | Teknologi Maklumat | Perisian | Protokol yang membenarkan atur cara dilaksanakan pada satu hos yang mengakibatkan atur cara dilaksanakan pada hos lain tanpa pengatur cara perlu mengekodkan atur cara tersebut. RPC juga merupakan paradigma yang mudah dan terkenal bagi pelaksanaan model pelayan-pelanggan dalam pengkomputeran teragih. RPC ini dilaksanakan dengan menghantar mesej permintaan kepada sistem jauh (pelayan). Penghantaran mesej ini dibuat bagi melaksanakan prosedur yang ditetapkan dengan menggunakan argumen yang diberi dan hasilnya dikembalikan kepada pemanggil (pelanggan). |
default powers | kuasa ingkar | Undang-undang | Tiada | Kuasa yang boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang lebih tinggi apabila tidak dilaksanakan oleh pihak berkuasa di bawahnya. |
designated securities | sekuriti bertanda | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sekuriti yang pembelinya dibayar dahulu sebelum dilaksanakan pembelian dan penjualan hanya dilaksanakan setelah penyerahan skrip. |
background task | tugas latar | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tugas yang dilaksanakan oleh suatu sistem yang terlindung di sebalik proses atau aktiviti yang lain. Dalam kebanyakan sistem multipengguna, tugas ini dilaksanakan dalam latar menggunakan keupayaan CPU terbiar tanpa disedari pengguna. |
substitute porposal | cadangan bertindih | Pentadbiran | Tiada | Cadangan dua projek yang mempunyai aliran tunai yang kurang sekiranya projek tersebut dilaksanakan serentak berbanding dengan aliran tunai sekiranya dilaksanakan berasingan. |
Java bytecode representation | perwakilan kod bait Java | Teknologi Maklumat | Tiada | Format atur cara Java yang sudah dikompil untuk dilaksanakan oleh pentafsir Java. Fail kod sumber Java(fail dengan sambungan .java) dikompil ke dalam format kod bait(fail dengan sambungan .class). Ia boleh dipindahkan melalui rangkaian dan dilaksanakan oleh mesin maya Java(JVM). Kod ini boleh dilaksanakan pada kebanyakan komputer kerana pentafsir Java dan JVM turut terdapat dalam kebanyakan sistem pengendalian. Kod ini juga boleh ditukar secara terus ke dalam suruhan bahasa mesin oleh pengkompil JIT. |
alternative development | pembangunan alternatif | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sistem pembangunan yang dilaksanakan oleh pemerintah sebagai pilihan dalam membuat sesuatu perubahan yang mencakupi pembangunan fizikal dan material bagi meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan masyarakat. Pembangunan alternatif biasanya dilaksanakan bagi menggantikan bentuk pembangunan yang telah dilancarkan tetapi kurang berkesan. Contohnya, pembangunan bandar dengan sistem lama perlu ditukar kepada sistem bandar baru yang lebih terancang. |
tahammul al-tabi‘at | pertanggungjawaban | Perniagaan Islam | Tiada | Kewujudan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seiring dengan sesuatu akad. Contohnya, dalam akad jual beli, penjual berkewajipan untuk menyerahkan produk manakala pembeli membayarnya. Tahammul al-tabi‘at dalam akad sewaan kenderaan pula dilaksanakan apabila penyewa bertanggungjawab untuk membayar sewa manakala pemilik bertanggungjawab menyediakan kenderaan. |