mal ghair mutaqawwam | harta tak bernilai | Perniagaan Islam | Tiada | 1. Harta yang tidak dimiliki, seperti haiwan yang masih lagi belum ditangkap, bahan galian yang masih mentah atau tumbuh-tumbuhan di padang. Sekiranya dimiliki, syarak membenarkan pengggunaan harta tersebut. 2. Sesuatu yang tidak dibenarkan penggunaannya oleh syarak kepada orang Islam kecuali ketika darurat, seperti arak dan babi. |
wilayah ‘ala mal | kuasa pengawasan harta | Perniagaan Islam | Tiada | Kuasa perundangan yang dimiliki oleh individu atau organisasi bagi mentadbir dan mengurus sebarang urusan berkaitan dengan harta seperti mengawasi harta, menanam modal dan tabarru’. Contohnya, kuasa pengawasan harta yang dimiliki oleh seorang bapa atau wasi yang mentadbir hartanya sendiri, harta anaknya yang masih kecil serta pihak yang berada di bawah tanggungannya. |
money flow | aliran wang | Ekonomi | Tiada | Pergerakan perbelanjaan pengguna dalam pasaran wang wujud apabila isi rumah membayar kepada firma ketika membeli barang dan perkhidmatan yang dimiliki oleh firma, dan apabila firma membayar kepada isi rumah ketika membeli perkhidmatan faktor pengeluaran yang dimiliki oleh isi rumah. |
mamluk | sesuatu yang dimiliki | Perniagaan Islam | Tiada | Lihat mulk. |
take effect in possession | berkuat kuasa apabila dimiliki | Undang-undang | Tiada | Tiada |
sister ship clause | fasal kapal berkaitan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal dalam polisi kapal marin iaitu apabila berlaku perlanggaran dengan kapal yang lain atau menerima perkhidmatan salvaj daripada kapal yang dimiliki oleh pemilik yang sama, insurer bersetuju untuk menyelesaikan tuntutan bagi liabiliti atau perkhidmatan salvaj seolah-olah kapal tersebut dimiliki secara berasingan. |
volatility | kemeruapan | Fizik | Haba | Sifat dimiliki oleh bahan yang takat didihnya rendah atau mempunyai tekanan wap tinggi pada suhu biasa. Contohnya, kloroform. |
primogeniture | primogeni | Sejarah | Tiada | Hak yang dimiliki oleh anak sulung sebagai pewaris yang utama. |
proprietorship | keempunyaan | Pentadbiran | Tiada | Perniagaan yang dimiliki oleh orang perseorangan. |
head | hulu | Fizik | Mekanik | Tenaga yang dimiliki per unit berat suatu bendalir akibat daripada halaju, tekanan dan ketinggian di atas suatu aras. |