Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.nas.ti] | دينستي

Definisi : 1. jurai raja-raja pemerintah yg berasal drpd satu keturunan (keluarga): mengikut suatu rekod drpd ~ Ming, Laksamana Yin Ching mengunjungi Melaka dlm tahun 1403; 2. tempoh sesebuah negeri diperintah oleh raja-raja yg berasal drpd satu keturunan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[di.nas.ti] | دينستي

Definisi : jurai keturunan raja-raja (pemerintah) dr keturunan atau dr keluarga yg sama; wangsa: ~ Ming. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dinasti


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Sheikhdomnegara SyeikhSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan sebuah negara secara monarki mutlak oleh dinasti Sheikh dengan kerajaan yang terpusat dari istana. Pemerintahan ini berlangsung secara turun temurun tanpa unsur keterbukaan persaingan. Sheikh yang memerintah serta ahli keluarganya akan mendominasi institusi legislatif, eksekutif dan kehakiman. Mereka mengawal ketat aktiviti politik supaya kedudukan status quo tidak tercabar. Keluarga Sheikh ini juga menguasai ekonomi dan kekayaan negara. Mereka menentukan perancangan ekonomi negara dan membuat segala keputusan penting seperti menentukan belanjawan negara, jenis barangan eksport, penyertaan dalam organisasi antarabangsa dan sebagainya. Perkembangan demokrasi dan unsur-unsur keterbukaan dan sivil seperti kedudukan pilihan raya, pemisahan kuasa, persaingan parti politik dan kedudukan pembangkang serta peranan media dan NGO sangat minimum malah dalam banyak kes tidak wujud langsung. Contoh negara Sheikh ialah Emiriyah Arab Bersatu, Oman, Qatar, Kuwait dan Bahrain.
state buildingpembinaan negaraSains PolitikPolitik PerbandinganProses membentuk satu sistem pemerintahan yang lebih baik dan mantap. Proses ini melalui beberapa tahap yang tertentu seperti tahap primitif kepada tahap feudal kemudian beralih ke tahap moden. Pada tahap primitif, pembinaan negara ditentukan oleh kekuatan fizikal iaitu yang kuat akan menguasai yang lemah. Apabila semakin banyak perubahan berlaku, pemerintahan menjadi semakin tersusun seperti bersifat monarki atau dinasti yang berkuasa. Peningkatan dalam kesedaran dan pemikiran rasional dalam masyarakat telah mendorong kepada kemunculan negara moden seperti republik. Sehingga kini, sistem pemerintahan negara terus berkembang dan wujud dalam pelbagai bentuk seperti demokrasi, komunis, monarki moden dan fasis.

Kembali ke atas