zener diode | diod zener | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Diod yang berupaya mengalirkan arus elektrik pada pincangan songsang apabila voltan yang diberi lebih besar daripada voltan yang ditetapkan. |
diode detector | pengesan diod | Kimia | Kimia Analisis | Penyahmodulan yang menggunakan satu atau lebih hablur atau diod tiub elektron bagi memberi output eka arah. Nilai purata outputnya berkadar terus dengan modulasi asal. |
Zener voltage | voltan Zener | Fizik | Keadaan Pepejal | Voltan yang diukur pada arus tertentu di kawasan runtuhan dalam diod Zener. Voltan Zener malar walaupun arus dalam kawasan runtuhan berubah. Oleh yang demikian, diod Zener digunakan sebagai pelaras voltan bagi suatu sumber kuasa. Nilai voltan Zener dapat diubah dengan melakukan proses pendopan pada bahan peranti diod Zener. |
diode | diod | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Peranti elektronik yang membenarkan arus mengalir pada satu arah yang digunakan sebagai litar pengawal dan penerus arus ulang-alik. |
organic light -emitting diode (OLED) | diod pemancar cahaya organik (OLED) | Fizik | Nanoteknologi | Bahan lapisan pemancar diperbuat daripada filem tipis sebatian organik. Bahan pemancar organik ini terdiri daripada molekul kecil atau polimer. OLED mempunyai kelebihan dari segi sifat mudah lentur dan digunakan dalam sistem paparan elektronik seperti telefon bimbit. |
bias | pincang | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Perihal pengutuban yang dikenakan pada diod sama ada ke arah hadapan atau songsang. |
soft molecule electronics | elektronik molekul lembut (ilmu) | Fizik | Nanoteknologi | Bidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan pembuatan peranti elektronik menggunakan satu atau lebih filem tipis molekul kecil atau polimer. Berbeza dengan peranti elektronik silikon yang dibina di atas wafer silikon yang keras, komponen peranti elektronik lembut dapat disusun atas permukaan substrat yang dapat lentur seperti kepingan kertas atau plastik. Contoh peranti elektronik lembut ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, bateri dan akhbar elektronik. |
silicon electronics | elektronik silikon (ilmu) | Fizik | Nanoteknologi | Bidang ilmu sains dan teknologi yang berkaitan dengan penggunaan bahan semikonduktor silikon dalam pembuatan peranti elektronik. Peranti silikon yang paling ringkas terdiri daripada sambungan bahan semikonduktor jenis-n dan jenis-p. Ratusan ribu transistor kecil bersaiz mikro dapat dibina di atas satu kepingan wafer silikon dengan menggunakan teknik litografi bagi menghasilkan mikrocip. Contoh peranti elektronik silikon ialah diod, transistor, diod pemancar cahaya, sel suria, dan mikrocip. |
bridge | titian | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | (1) Mendakan karbon yang terjadi pada titik sentuh. (2) Diod yang disambung antara pemegun dengan sistem elektrik lain. |
germanium | germanium | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Hablur logam yang digunakan sebagai bahan separuh pengalir dalam diod dan transistor. |