Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.pa.kai] | دڤاکاي

Definisi : bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dipakai

Puisi
 

Baju dipakai baju yang mana,
     Ingin serai rimbun ke daun;
Tinggal sekejap sebulan rasa,
     Rasa berkecai beribu tahun.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Segar dipakai layu dibuang.

Bermaksud :

Selagi perempuan itu muda dan cantik dicintai dan disayangi, tetapi setelah tua ditinggalkan.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
maskpelitupKesihatan AwamTiadaPenutup yang dipakai untuk melindungi muka, biasanya oleh doktor dan jururawat.
clichekliseKesusasteraanTiadaUngkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah.
face maskpelitup mukaKesihatan AwamTiadaPenutup yang dipakai untuk melindungi muka, biasanya oleh doktor dan jururawat.
contact lenskanta sentuhSains KesihatanTiadaKanta kecil yang dipakai di hadapan permukaan kornea dan sebahagian kecil pada permukaan sklera.
cycling shoekasut berbasikalSukanLumba BasikalKasut khas yang dipakai oleh pelumba basikal.
gogglespelindung mataKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPengadang khas yang dipakai untuk melindungi mata.
half-face maskpelitup separuh mukaKesihatan AwamTiadaPenutup yang dipakai untuk melindungi sebahagian muka, iaitu mulut dan hidung.
VR headsetset kepala VRTeknologi Maklumate-PembelajaranPeranti yang dipakai di kepala dan memaparkan realiti maya kepada pemakai. Set kepala VR ini diguna pakai dalam permainan komputer dan juga dalam aplikasi lain seperti simulator penerbangan dan makmal maya. Set ini terdiri daripada paparan stereoskopik, bunyi stereo dan sensor-sensor gerakan kepala seperti giroskop, akselerometer dan sistem lampu berstruktur.
transvestismtransvestismePerubatanPsikiatriKecenderungan individu untuk memakai pakaian yang biasanya dipakai oleh jantina yang berlawanan, terutama bagi rangsangan seks.
polka dot jerseyjersi bintikSukanLumba BasikalPakaian khusus yang dipakai oleh pemenang semasa dalam acara jaguh bukit.
123

Kembali ke atas