Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diperlihatkan

Peribahasa

Tidak bernasi di balik kerak.

Bermaksud :

Tidak ada yang ketinggalan (sudah selesai, sudah diperlihatkan dan sebagainya). (Bandingkan dengan: Ada nasi [= bernasi] di balik kerak).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extinctionpenghapusanPsikologiPsikologi UmumProses atau kaedah yang mengurangkan kekuatan sesuatu respons dari segi magnitud atau kekerapan secara progresif sehingga pada akhirnya tiada lagi respons diperlihatkan atau dilakukan oleh responden yang terlibat. Dalam pelaziman klasik, respons yang terlazim akan menjadi lemah atau tidak diperlihatkan lagi apabila rangsangan terlazim yang diberikan kepada haiwan tidak lagi diikuti secara berulang kali dengan ganjaran tidak terlazim. Contohnya, sekiranya individu tidak memberikan haiwannya makanan selepas beberapa kali diberikan rangsangan terlazim seperti lampu, maka kemungkinan haiwan tersebut untuk tidak memberi respons terlazimnya adalah tinggi.
polarizationpengutubanFizikOptikFenomenon yang diperlihatkan oleh gelombang elektromagnet tertentu dan gelombang melintang yang lain, yang arah getaran medan elektriknya malar atau berubah pada arah tertentu.
psychological ageumur psikologiGerontologiTiadaUmur yang diperlihatkan berdasarkan kebolehan individu menyesuaikan diri dalam persekitaran yang sering berubah.
absolute luminosityluminositi mutlakMatematikTiadaKecerahan yang mungkin diperlihatkan oleh sesuatu bintang jika jaraknya dengan kita sama seperti jarak matahari dengan kita.
period-luminosity relationhubungan kala-luminositiMatematikTiadaHubungan yang diperlihatkan secara graf tentang bagaimana kala perubahan cahaya bagi bintang berubah Cephid bergantung pada luminositi minnya. Semakin panjang kalanya semakin besar luminositinya maka semakin besar pula magnitud mutlak min bintang itu.
synoptic situationkeadaan sinoptikSainsHidrometeorologiKeadaan atmosfera seperti yang diperlihatkan oleh sebaran tekanan dan jisim udara pada carta sinoptik atau carta lain.
hypochondriasishipokondriasisPsikologiPsikologi UmumBentuk kecelaruan psikosomatik ringan yang diperlihatkan oleh individu yang terlalu mengambil berat tentang kesihatannya sehingga simptom yang kecil dipersepsikan sebagai besar kesannya kepada kesihatan diri. Contohnya, individu hipokondriasis boleh menggunakan pelbagai pil dan vitamin untuk mempertahankan diri atau mengelak daripada penyakit yang dijangka akan dihidapi. Individu ini mungkin mengadu mengalami pelbagai simptom yang terdapat pada satu-satu penyakit berbahaya, sedangkan pakar perubatan gagal mengesahkannya. Apabila pakar perubatan memberitahu pesakit hipokondriasis bahawa dia tidak mengalami apa-apa kecelaruan organik, biasanya pesakit tidak akan percaya dan sering kali memperolok-olokkan pakar kesihatan tersebut.
purple patchtumpukan rendaKesusasteraanTiadaHasil seni tulisan yang selalu diperlihatkan pengarang melalui karangannya yang bercorak terlalu emosional.
audience reactionreaksi penontonKesenianDrama dan TeaterTindak balas yang diperlihatkan oleh penonton semasa menyaksikan pementasan teater. Reaksi ini boleh memberikan kesan emosi kepada penonton seperti sedih, marah atau seronok dan juga memberikan kesan timbal balik kepada pelakon di atas pentas bersesuaian dengan aksi yang dimainkan.
elastic fatiguelesu kenyalFizikMekanikPerubahan sementara daripada kenyal sempurna yang diperlihatkan oleh beberapa jenis bahan dan setelah mengalami canggaan kenyal akan pulih kepada bentuknya yang asal secara perlahan-lahan.
12

Kembali ke atas