farce | farsa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�. |
gagaku | gagaku | Muzik | Tiada | Ensembel muzik yang dipersembahkan dalam upacara di istana Jepun. Gagaku yang mengiringi tarian dikenali sebagai bugaku sementara gagaku yang dipersembahkan secara instrumental dikenali sebagai kangen. Ensembel gagaku dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu komagaku dan togaku. Alat muzik yang terlibat termasuklah koto, biwa, kakko, daiko, hichiriki, ryuteki, dan komabue. Gagaku bermaksud muzik yang halus (elegan), dan mempunyai fungsi yang sama dengan yen yue di China dan aak di Korea. Lihat juga komagaku, togaku. |
relief scene | adegan selingan | Kesenian | Drama dan Teater | Bahagian dalam drama atau teater yang dipersembahkan untuk memberikan kelegaan emosi kepada penonton terutamanya dalam drama tragedi. Antara jenis adegan selingan yang biasa dipersembahkan ialah aksi nyanyian dan lawak jenaka. |
musical commercial | iklan irama | Komunikasi | Korporat | Salah satu kaedah mempersembahkan mesej pengiklanan dengan mengguna - kan irama dan lagu. Melalui kaedah ini, mesej dipersembahkan dengan iringan muzik yang dicipta khas untuk membawa mesej yang disampaikan. Terdapat dua cara utama iklan ini dihasilkan. Pertama, keseluruhan iklan dipersembahkan sepenuhnya dalam bentuk muzik dan setiap perkataan yang digunakan memberikan makna yang berkaitan dengan barangan atau perkhidmatan. Kedua, iklan yang disampaikan dengan pendekatan persembahan yang pelbagai, iaitu gabungan antara muzik bermesej dengan dialog atau maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan yang dipersembahkan oleh perawi. Iklan ini berfungsi untuk menarik perhatian khalayak kepada mesej barangan atau perkhidmatan terutamanya kanak-kanak. Iklan ini boleh disiarkan melalui media elektronik atau secara audio yang disampaikan melalui pembesar suara seperti penjual aiskrim. Sinonim dendang. |
opening signature | tanda pengenalan | Komunikasi | Korporat | Bahagian awal sesuatu penerbitan yang digunakan sebagai alat untuk memperkenalkan sesuatu rancangan radio, televisyen, dan video korporat. Bahagian ini dipersembahkan dalam bentuk audiovisual untuk penerbitan televisyen dan video korporat, manakala untuk rancangan radio,dipersembahkan dalam bentuk audio sahaja. Dalam penerbitan rancangan radio dan televisyen, proses penerbitan tanda pengenalan ini sangat strategik kerana berfungsi untuk menangkap perhatian khalayak, dan pada masa yang sama perlu menonjolkan identiti rancangan. Bagi penerbitan video korporat, tanda pengenalan perlu untuk menonjolkan identiti, falsafah, dan citra organisasi. Tanda pengenalan di persembahkan melalui gabungan pelbagai medium menggunakan aplikasi multimedia. |
folk ballad | balada rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang biasanya dipersembahkan secara nyanyian. Balada rakyat merupakan salah satu bentuk seni sastera yang awal dan wujud dalam tradisi lisan. Balada rakyat tidak mempunyai nama pengarang, sebaliknya dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi secara lisan. Balada rakyat biasanya ditulis dalam bentuk yang ringkas dan mudah dari segi susunan plot serta bahasa. Balada ini lahir dalam masyarakat pratulisan dan dipersembahkan secara nyanyian lisan. Tema balada rakyat mementingkan nilai yang bersifat heroik atau kewiraan watak yang penting dalam masyarakat tradisi. Oleh sebab balada rakyat berkembang secara lisan, maka wujud pelbagai tokok tambah dan penceritaannya dari semasa ke semasa. Contohnya, Liyangkit Parang Sabil di Selatan Filipina yang menceritakan kisah pahlawan Islam menentang penjajahan Sepanyol. |
mek mulung | mek mulung | Kesenian | Drama dan Teater | Seni persembahan di Kedah yang menggabungkan nyanyian, tarian dan lakonan untuk meraikan keturunan mereka yang telah memulakan warisan seni ini. Persembahan tradisi ini dipersembahkan oleh keturunan Siam yang dikenali sebagai sam-sam. Mek Mulung yang dipersembahkan dalam bulan tertentu pada sesuatu tahun mengandungi tujuan puja guru dan pengubatan. |
drama | drama | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang dipersembahkan oleh pelakon di pentas, radio, atau televisyen. Aristotle mentakrifkan drama sebagai aksi manusia yang ditiru. Drama boleh dicipta dalam bentuk lisan atau tulisan. Teks yang dicipta secara lisan lebih mementingkan unsur persembahan daripada unsur sastera yang bertulis. Contohnya, drama tradisional tempatan seperti makyung dan wayang kulit. Terdapat pelbagai jenis drama, antaranya drama tragedi, drama komedi dalam bacaan, dan melodrama yang mempunyai subgenre masing-masing. Drama mempunyai dua dimensi, iaitu sebagai karya kesusasteraan yang disampaikan dalam bentuk dialog dengan tujuan untuk dipentaskan sebagai seni pertunjukan, dan sebagai teks sastera untuk dihayati dan dikaji. Struktur drama Barat boleh dilihat dalam The Poetics karya Aristotle, manakala struktur drama Timur boleh ditemui dalam drama Sanskrit Natyasastera. Contoh drama Melayu ialah Gong dan Orang-orang Pulau oleh Hassan Saprin, dan Si Bongkok Tanjung Puteri oleh Shahrom Hussien. Drama berasal daripada perkataan Yun |
overacting | lakonan berlebihan | Komunikasi | Tiada | Lakonan yang dipersembahkan oleh pelakon secara berlebih-lebihan dan melampaui keperluan sesuatu watak itu. |
jikey | jikey | Kesusasteraan | Tiada | Teater rakyat yang dipersembahkan dengan rangkuman (gabungan) unsur muzik, tarian, dan dialog. Teater ini popular di Perlis dan Langkawi. Jikey mempersembahkan cerita tempatan seperti Mahsuri, Awang Kudis Buta, Batu Belah Batu Bertangkup, Naga kepala Tujuh, Bawang Putih Bawang Merah dan Pending Emas Pending Perak. Peralatan muzik jikey mengandungi violin, tamburin, tiga rebana pelbagai saiz, sebuah gong, dan lima pasang cerek yang diperbuat daripada kayu atau buluh. |