school administrator | pentadbir sekolah | Pendidikan | Tiada | Individu yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus pentadbiran sesebuah sekolah. |
company secretary | setiausaha syarikat | Pentadbiran | Tiada | Orang yang dipertanggungjawabkan oleh lembaga pengarah bagi segala urusan sesebuah syarikat dan mematuhi akta syatikat. |
solely responsible | tanggungjawab sepenuhnya | Sukan | Tiada | Tugas tertentu yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada pengadil. |
imputed negligence | kecuaian terkait | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Seseorang yang dipertanggungjawabkan oleh undang-undang terhadap kecuaian orang lain. Contoh: ibu bapa bertanggungjawab terhadap kecuaian anaknya. |
track events referee | referi acara balapan | Sukan | Tiada | Pegawai yang dipertanggungjawabkan bagi semua keputusan acara balapan. |
Auditor General | Juruaudit Negara | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Jawatan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir, menguruskan hal-ehwal kewangan negara dan memeriksa semua kira-kira wang kerajaan. Jawatan ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Pemeriksaan akaun negara dijalankan untuk menentukan sama ada perbelanjaan wang kerajaan dibuat secara cermat dan teliti berdasarkan undang-undang negara. Juruaudit Negara perlu melaporkan satu penyata khas kewangan kepada Yang di-Pertuan Agong yang mengandungi segala teguran dan pandangan tentang akaun wang dan stor kerajaan. Penyata ini akan dibentangkan di Dewan Rakyat. Segala keterangan dan maklumat yang diperolehi oleh Juruaudit Negara yang berkaitan dengan tindakannya akan disimpan sebagai rahsia. |
indication | petunjuk; indikasi | Perubatan | Tiada | 1. Satu alasan yang teguh dan boleh dipertanggungjawabkan bahawa sesuatu tindakan diperlukan. |
vicarious liability | liabiliti gantian | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dalam sesuatu keadaan, seseorang boleh dipertanggungjawabkan ke atas tindakan orang lain. |
elicit (data) | mencungkil (data) | Sosiolinguistik | Tiada | Kaedah mengutip data Iinguistik yang boleh dipertanggungjawabkan daripada informan, sama ada ujaran sebenar atau penilaian mengenai ujaran. |
insanity | ketaksiuman | Perubatan | Tiada | Keadaan gangguan mental yang teruk sehingga individu yang terlibat tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap tingkah lakunya dari segi undang-undang. |