data | data | Teknologi Maklumat | Perisian | Koleksi angka, aksara, imej atau output lain daripada peranti output yang belum diproses. Data perlu diproses, sama ada oleh manusia atau mesin dan dikeluarkan dalam bentuk yang difahami oleh manusia yang dikenali sebagai maklumat. |
shrinkage factor | faktor kecutan | Kejuruteraan | Tiada | Nisbah ketebalan emulsi fotograf yang tidak diproses terhadap ketebalan emulsi fotograf yang telah diproses. |
latent picture | gambar pendam | Komunikasi | Tiada | Imej yang tidak kelihatan pada filem yang belum diproses tetapi akan kelihatan setelah diproses. |
latent image | imej pendam | Komunikasi | Tiada | Imej yang dirakam pada filem negatif yang belum diproses. Imej sebenar akan terhasil setelah filem tersebut diproses. |
raw data | data mentah | Teknologi Maklumat | Tiada | Data yang belum diproses dan dianalisis. Data mentah juga digunakan untuk merujuk kepada data yang telah disimpan di dalam pangkalan data tetapi belum diproses. Contoh data mentah ialah perincian yang diisi dalam borang UPU atau borang permohonan kerja SPA, data bancian, data soal selidik dan data cerapan. |
chunking method | kaedah pengelompokan | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah yang dilakukan dengan cara pengumpulan item-item maklumat supaya dapat diproses secara kognitif menjadi satu entiti. Contohnya, abjad k, e, r, e, t, a, lebih mudah diproses berbanding dengan a, e, e, k, r, t. Sinonim strategi pengelompokan. |
processed feed | makanan terproses | Veterinar | Tiada | Bahan-bahan makanan yang mengalami pemprosesan sama ada secara kimia, fizik atau biologi. Contoh makanan yang diproses secara kimia ialah jerami padi yang dirawat dengan larutan natrium hidroksida. Makanan yang diproses secara fizik pula ialah seperti racikan pelepah kelapa sawit. Manakala contoh makanan yang mengalami pemprosesan secara biologi pula ialah penghasilan protein sel tunggal. Tujuan pemprosesan bahan-bahan makanan ini dilakukan ialah untuk meningkatkan nilai pemakanan, tahap keperisaan dan memanjangkan tempoh penyimpanan makanan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memudahkan pengangkutan serta menjimatkan ruang penyimpanan makanan. |
taghyir | pengubahan | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal mengubah atau menukar harta sehingga berubah sifat dan faedah asal. Contohnya, dalam industri petrokimia, minyak mentah akan diproses menjadi petrol dan bahan kimia yang lain. Dalam industri pertanian, kelapa sawit diproses menjadi minyak masak, biodiesel dan marjerin. |
Input | input | Teknologi Maklumat | Tiada | Data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses. Data boleh dimasukkan secara langsung atau tak langsung. Input langsung adalah seperti melalui papan kekunci, tetikus, skrin sentuh dan pengimbas. Input tak langsung adalah seperti data yang dikumpul dahulu dalam satu fail elektronik dan kemudiannya diproses. Banding output. |
herb substance | zat herba | Herba | Fitokimia | Keseluruhan, pecahan atau cebisan tumbuhan, bahagian daripada tumbuhan, alga, kulat atau liken yang tidak diproses dan biasanya dalam bentuk kering dan kadangkala basah. Sesuatu zat herba mestilah didefinisikan dengan tepat, iaitu dengan menamakan bahagian yang digunakan dengan nama botani mengikut sistem binominal (genus, spesies, varieti dan pengarang). Contohnya, akar tongkat ali (Eurycoma longifolia Jack). Rembesan tertentu yang tidak diproses juga boleh dianggap sebagai zat herba. |