Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl kependekan drpd adiraja; raja ~ sl raja yg maha mulia; angkatan raja ~, panca raja ~ sl jenazah utk raja-raja; 2. hak (milik, dinaungi oleh) raja: Askar Melayu D~; titah ~ titah rasmi yg disampaikan oleh raja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : adiraja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 yg benar-benar berdarah raja; yg sah (bkn raja): Raja yg ~ raja yg benar-benar (sah). 2 gelaran kehormatan kerana sesuatu itu dinaungi (dimiliki, disukai, sesuai utk) raja: Askar Melayu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diraja


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
territorial principalitywilayah rajaSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan yang dikuasai oleh raja atau kerabat diraja. Wilayah seperti ini terdapat dalam masyarakat yang masih memiliki unsur feudal yang kuat dan meletakkan kedudukan raja berkuasa ke atas tanah yang ada dalam negara tersebut. Wilayah raja ini boleh berada berdekatan dengan istana atau terpencil jauh dari pusat pentadbiran serta terbiar. Orang ramai tidak dibenarkan memiliki tanah tersebut tetapi dibenarkan mengusahakannya dengan membayar cukai kepada raja atau menyewa tanah tersebut. Wilayah ini sering menimbulkan konflik di kalangan kerabat diraja akibat perebutan wilayah yang melibatkan tuntutan pusaka dan pengutipan cukai. Contohnya, wilayah raja masih terdapat di negara Indonesia, India dan Nigeria.
feudalismfeudalismeSains PolitikPolitik PerbandinganSistem masyarakat yang didominasi oleh golongan diraja dan bangsawan dengan golongan rakyatnya berada dalam kedudukan bawah, lemah serta menjadi subjek kepada raja. Dalam sistem ini, raja memiliki kuasa yang tinggi dan memerintah tanpa batasan serta dibantu oleh golongan pembesar atau bangsawan yang memiliki kedudukan tinggi dalam masyarakat. Kekuasaan pemerintah tertumpu pada istana dan tidak ada suatu badan yang memeriksa kedudukan kuasa raja ini. Dengan itu, raja bebas memerintah menurut budi bicara sendiri dan hanya mendengar nasihat daripada pembantunya. Dalam sistem ini, peralihan kuasa berasaskan keturunan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Rakyat di bawah pemerintahan ini mengerjakan tanah raja atau menyewa tanah pembesar untuk menyara hidup. Fahaman ini mementingkan kedudukan hierarki, unsur setia dan daulat antara pemerintah dengan rakyat. Contohnya, sistem Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 jelas mengamalkan sistem feudalisme.
limited monarchymonarki terhadSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang masih meletakkan golongan diraja, menduduki jawatan ketua negara sebagai simbol dan tujuan rasmi tanpa memiliki kuasa eksekutif. Monarki terbatas ini disebut juga sebagai monarki berperlembagaan apabila kegiatan raja itu perlu berlandaskan perlembagaan. Kuasa raja bersifat tidak mutlak dan tugasnya lebih tertumpu kepada upacara rasmi seperti merasmikan persidangan parlimen, pembukaan masjid dan sekolah serta melakukan lawatan rasmi ke negara lain sebagai ketua negara. Antara negara yang mengamalkan monarki terhad ini ialah Malaysia, Thailand, Jepun, Sweden, Belanda dan Denmark. Sinonim monarki terbatas.
absolute monarchymonarki mutlakSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pemerintahan yang dikuasai oleh keluarga diraja. Dalam sistem monarki ini, keseluruhan sistem pemerintahannya dikuasai oleh anggota keluarga tersebut dan mewarisinya secara turun-temurun. Penguasaan ini merangkumi agensi pemerintahan, perundangan, jentera pentadbiran, sumber hasil negara dan sebagainya. Contohnya, negara Brunei Darussalam merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan monarki mutlak.
regencypemerintahan pemangku rajaSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan di sesuatu wilayah yang dijalankan oleh seorang pemangku raja sebagai mewakili kuasa raja tersebut. Pemangku raja ini biasanya terdiri daripada anggota keluarga diraja, dilantik untuk tempoh tertentu dan boleh disambung khidmatnya atau diganti dengan anggota keluarga yang lain. Dalam beberapa aspek, pemangku raja ini memiliki autonomi yang terbatas dan kebanyakan tugasnya bersifat rasmi atau adat istiadat seperti merasmikan dewan, muzium ataupun melancarkan program tertentu. Contohnya, Putera Charles di England merupakan pemangku raja bagi pemerintahan wilayah Wales. Sinonim keregenan.
iluminated manuscriptmanuskrip berhiasKesusasteraanTiadaBahan tulisan daripada kertas, daun lontar dan sebagainya yang mengandungi tulisan yang dihias dan diwarnakan, contohnya teks sastera lama, tulisan suci seperti salinan ayat al-Quran yang dihias di tepi atau pada bingkainya dengan awan larat, arabes, dan khat. Selain itu, warkah emas atau surat-surat diraja juga dihias dengan bentuk lukisan yang sama. Surat tersebut biasanya diwarnakan dengan tinta emas. Oleh sebab itu, surat tersebut digelar surat emas atau warkah emas.
princely statenegeri kecil berajaSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah yang berada di bawah naungan pemerintah berketurunan raja. Putera raja yang memerintah mendapat autonomi terutamanya dalam urusan undang-undang, bahasa, kabinet dan cuti awam manakala bidang lain yang penting tetap dipegang oleh kerajaan kolonial atau pemerintah pusat. Peranan putera raja ini lebih bersifat simbol tanpa mempunyai kuasa eksekutif. Negeri kecil beraja biasanya dikaitkan dengan wilayah diraja India semasa pemerintahan kolonial Inggeris dahulu. Di India semasa kemerdekaannya, terdapat 680 negeri seperti ini yang menghantar wakilnya ke dewan perundangan khas yang dinamakan Dewan Putera-Putera. Contoh negeri beraja ini ialah Hyderabad, Mysore dan Jammu-Kashmir.
menoramenoraKesusasteraanTiadaPersembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Pada suatu ketika dahulu, menora merupakan teater popular di selatan Thailand. Menora mempersembahkan cerita-cerita Buddhist Jataka, cerita dongeng dan mitos. Antara cerita tempatan yang dipersembahkan ialah Peak Prod � Pahlawan Kedah, Lakanawong �Pahlawan Thai, Chau tha Kirruk � isteri curang, Sinrad � tentang seorang suami yang mencari isterinya yang telah dilarikan oleh raksasa, Chaychid � putera remaja, perkelahian dan pembunuhan di antara isteri-isterinya, Darawong � cerita cinta, Chaukrey � cerita seorang Puteri Manora, dan Khrubuk � cerita Pahlawan Thai. Persembahan menora hampir sama seperti makyung, iaitu mengabungkan unsur-unsur dialog, muzik dan tari. Kumpulan muziknya mengandungi alat-alat pi (serunai), klong (sebiji geduk), tharp (sepasang gedombak), mong, cing dan cerek. Gerak tari merangkumi 12 peringkat abjad tari yang ditunjukkan dalam persembahan pembukaan Sembah Guru � Wai kru. Antara lain gerak tari mengiringi nyanyian pada akhir setiap adegan atau pada permulaan adegan apabila watak memperkenalkan dirinya. Watak utama dalam menora ialah: (a) Watak kayangan seperti dewa, gergawi, raksasa, kinaree. (b) Watak kaum kerabat diraja seperti raja, permaisuri, putera dan puteri. (c) Peran atau pelawak. (d) Orang biasa seperti dayang dan orang kampung. Struktur persembahan menora merangkumi empat bahagian, iaitu: (a) Wai kru � sembah guru. (b) Wrai na tret � tarian dan nyanyian. (c) Leukamprat pleng ton � watak utama menyembah gendang. (d) Cabbot � cerita. Asal usul menora masih lagi kabur dalam mitos dan dongeng. Menora dibawa masuk dari selatan Thailand ke Kelantan yang dahulunya merupakan jajahan Negara Thai. Pada tahun 1950, menora dipentaskan di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk meraikan perayaan hari Wesak (hari kelahiran Buddha), Hari Thambun (upacara berhala), upacara menandakan kesyukuran dan sebagai persembahan komersial. Menora dikenali sebagai nora. Lihat juga makyung.

Kembali ke atas