programmed teaching | pengajaran terancang | Pendidikan | Tiada | Kaedah pengajaran berasaskan bahan pengajaran yang dirancang dengan teliti untuk mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang. Pelajar belajar dengan cara berinteraksi dengan bahan. |
ex-ante | ex-ante | Ekonomi | Tiada | Nilai pemboleh ubah yang diingini atau yang dirancang oleh unit-unit ekonomi sebelum sesuatu kegiatan ekonomi dilaksanakan. Misalnya, jumlah pelaburan ex-ante dalam teori penentu ialah jumlah pelaburan yang dingini atau yang dirancang oleh sesebuah negara. Ex-ante ialah frasa Latin yang bermaksud yang dirancangkan atau yang dingini. Lihat juga ex-post. |
audience participation | penyertaan khalayak | Komunikasi | Korporat | Penglibatan khalayak dalam sesuatu acara atau projek yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi. Penyertaan ini boleh berlaku secara terancang atau tidak dirancang. Penyertaan yang terancang berlaku apabila sesuatu acara yang dilangsungkan menyediakan ruang tertentu untuk khalayak mengambil bahagian. Sementara penyertaan yang tidak dirancang bermaksud sesuatu acara atau projek yang dilaksanakan mendapat sambutan di luar jangkaan sehingga menyebabkan khalayak melibatkan diri dalam acara yang dianjurkan. Dalam kedua-dua bentuk penyertaan, situasi ini menunjukkan keberkesanan sesuatu projek atau acara dalam kalangan khalayak sasaran. Bentuk penyertaan bergantung pada jenis acara yang dianjurkan, seperti penyertaan dalam pertandingan, mengambil bahagian secara terancang atau spontan dalam atur cara yang disusun, atau penglibatan melalui elektronik seperti e-mel atau telefon. Dalam komunikasi korporat, proses ini dilihat sebagai satu proses pemujukan untuk mendekatkan khalayak dengan organisasi. Sekiranya mendapat |
planning | perancangan | Sejarah | Tiada | Perihal sesuatu yang dirancang dan dijangka akan berlaku berdasarkan peraturan tertentu yang telah ditetapkan. |
cartelization | pengkartelan/kartelisasi | Ekonomi | Tiada | Tindakan yang dirancang oleh beberapa firma dalam sesuatu industri secara seragam bagi mengurangkan saingan antara satu sama lain dan seterusnya mendapat faedah daripada kuasa monopoli yang diperoleh. |
programme music | muzik program | Kesenian | Tiada | Muzik yang dirancang untuk menyatakan urutan visual sesuatu peristiwa. |
prospective study | kajian prospektif | Perubatan | Tiada | Kajian yang dirancang untuk meninjau dan memerhatikan perkara-perkara yang belum terjadi. |
field study | kajian lapangan | Komunikasi | Tiada | Kajian yang dirancang secara saintifik dan sistematik yang dijalankan di luar makmal serta melibatkan kaedah pensampelan. kajian medan. |
brainwashing | pembasuhan otak | Komunikasi | Tiada | Teknik pemujukan yang dirancang bagi menghapuskan ketetapan, pendirian dan ideologi lama kepada sesuatu yang baru. |
innovation strategy | strategi inovasi | Pendidikan | Tiada | Strategi yang dirancang untuk memperkenalkan, menyebarkan, dan menerapkan inovasi kepada individu atau kelompok tertentu. |