divine | ketuhanan | Sejarah | Tiada | Sifat sesuatu atau seseorang yang disamakan dengan tuhan, berdasarkan ciri-ciri ketuhanan yang ada padanya, biasanya dikaitkan dengan kuasa mutlak raja. |
geomagnetism | geomagnetisme/ kegeomagnetan | Matematik | Tiada | , yang di permukaan bumi dapat disamakan dengan magnet bar di pusat bumi yang paksinya condong sebanyak 11.4 ke arah paksi putaran bumi dan dalam keadaan yang agak menyerong sedikit dari pusat lalu menjadikan kutub utara magnet berada lebih dekat dengan kutub utara berbanding dengan geografi kedudukan antara kedua-duanya kutub selatannya. |
distinctive competence | kecekapan tersendiri | Pentadbiran | Tiada | Kekuatan sesebuah organisasi yang unik dan yang tidak boleh disamakan atau yang tidak boleh ditiru oleh pesaing. |
logocentrism | logosentrisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemikiran Barat yang memberikan keutamaan kepada perkataan sebagai pernyataan kebenaran. Dalam teologi Kristian, Logos disamakan dengan Tuhan dan kebenaran hakiki. Pemahaman logosentrisme ini disanggah oleh Derrida dan pengikutnya untuk mengajukan fahaman bahawa pusat makna yang stabil tidak wujud. Sebaliknya, makna sentiasa berada dalam keadaan berubah dan ketidakpastian. Lihat juga dekonstruksi. |
organic form | bentuk organik | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sesebuah karya sastera yang dilahirkan daripada bahan tematik dan gagasan pengarang. Perkembangan sesebuah karya disamakan dengan pertumbuhan organisma yang hidup. Socrates pernah mengemukakan analogi antara perkembangan ujaran dengan pertumbuhan makhluk. Seterusnya, tokoh romantis dari Jerman dan Inggeris memperdalam analogi ini. Mereka berpendapat bahawa sesebuah karya berkembang seperti organisma hidup, daripada suatu konsep pokok. Bentuk yang berlawanan dengan bentuk organik ialah bentuk mekanikal. Pendekatan bentuk mekanikal mengemukakan dan peraturan yang dikenakan kepada pengarang dalam pengolahan bahan tematik. |
kelir | kelir | Kesusasteraan | Tiada | Tabir atau tirai dalam persembahan wayang kulit. Di atas tabir, di tayangkan patung untuk menghasilkan bayangannya. Kelir ialah ruang lakonan yang dapat disamakan dengan pentas dalam persembahan drama, tempat patung keluar masuk dari tepi, atas, dan bawah. Kelir juga membawa makna simbolik. Dalam wayang kulit Siam, dalang menganggap kelir sebagai dinding alam, tempat patung menjelma sebagai watak hidup. |
allegory | alegori | Kesusasteraan | Tiada | 1. Bentuk metafora yang diluaskan pengertiannya di mana objek, manusia dan gerak laku dalam sesebuah kisah, sama ada dalam bentuk prosa atau puisi disamakan dengan pengertian lain yang terletak di luar kisah isu sendiri. |
causal contradicitive | penyebab kontradiktif | Kesusasteraan | Tiada | Unsur-unsur yang menjadi penyebab pertentangan dari sudut ideologi, perwatakan atau latar dalam sebuah penciptaan sastera. Contoh: unsur anjing dalam Jayeng baya disamakan dengan sifat manusia. |
fancy | fansi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal daya persepsi yang melibatkan khayalan. Daya ini berbeza dengan daya imaginasi, dan tarafnya dianggap lebih rendah daripada imaginasi. Sehingga abad ke-19, khayalan dan imaginasi disamakan, tetapi pengkritik romantis seperti Samuel Coleridge dan willian Wordsworth membezakan antara kedua-duanya. Bagi mereka, khayalan itu terbatas sifatnya kerana khayalan terlalu bergantung pada proses asosiasi, sedangkan imaginasi mampu mencipta imejan baharu dan segar melalui proses penyatuan imej. Fansi penting dalam penulisan novel mistik atau cereka fantasi kanak-kanak. Lihat juga imaginasi, imejan. |
hermeticism | hermetisisme | Kesusasteraan | Tiada | Puisi dan korpus penulisan Barat yang menggunakan simbolisme ilmu ghaib dan keajaiban ini berpunca daripada tradisi Yunani. Istilah ini berasal daripada nama Hermes Trismegistus, tokoh yang disamakan dengan dewa Yunani yang bernama Hermes. Ajaran Hermes dianggap sebagai punca kepada penghasilan korpus penulisan dan doktrin mistik yang wujud pada Zaman pertengahan dan Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah. Puisi hermetik terbitan daripada hermetisisme biasanya mengandungi butir-butir metafizik yang sukar difahami. Maknanya seolah-olah tertutup rapat oleh kod rahsia simbolik, dan bahasa serta imejannya amat subjektif. Kesan �muzik� dan kuasa sugestif kata-kata, sama penting dengan maknanya. Fungsinya adalah untuk melucutkan makna logik daripada kata-kata. Hal ini meningkatkan kesan kesepian dan kesan dramatik dalam puisi. Oleh itu, puisi hermetik menimbulkan kuasa simbolik dan esoterik di sebalik kata-kata. Estetika yang bersifat subjektif ini mengelakkan unsur-unsur struktur yang biasa seperti naratif |