checksum | hasil tambah semak | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Nilai yang disertakan pada penghujung mesej atau sebagai lampiran kepada suatu mesej yang boleh digunakan untuk mengesahkan bahawa mesej tidak berubah semasa proses penghantaran. Mesej yang dihantar akan dimasukkan sebagai input dalam suatu rumusan matematik yang dikenali sebagai algoritma tambah semak untuk menghasilkan nilai yang lebih pendek daripada mesej asal. Nilai ini disertakan bersama-sama mesej semasa penghantaran. Apabila mesej diterima, penerima boleh mengesahkan integriti mesej tersebut dengan melalukannya dalam algoritma tambah semak yang sama. Sekiranya nilai yang diperoleh selepas penghantaran adalah sama dengan nilai yang disertakan bersama-sama mesej, maka mesej boleh disahkan sebagai tidak berubah. Sekiranya berlainan, maka perubahan telah berlaku pada mesej. |
plates | plat | Kesenian | Tiada | Gambar yang disertakan di dalam buku sebagai ilustrasi. |
coupon bond | bon kupon | Pentadbiran | Tiada | Bon yang disertakan dengan kupon yang mesti diserahkan kepada syarikat untuk mendapatkan bayaran bunga pada masa tertentu. |
guide sheet (pattern) | jadual panduan (pola) | Kesenian | Tiada | Jadual panduan yang disertakan dengan pola dagang. |
FK (foreign key) | FK (kekunci asing) | Teknologi Maklumat | Tiada | Atribut yang disertakan dalam satu hubungan yang merupakan kekunci primer dalam hubungan yang lain. |
blind receiving | penerimaan buta | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kaedah penerimaan barang yang tidak disertakan invois semasa barang itu dihantar oleh pembekal. |
classical conditioning | pelaziman klasik | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah pelaziman tingkah laku yang dipelopori oleh Pavlov yang menjadikan rangsangan neutral yang tidak memberi apa-apa kesan tindak balas tetapi lama-kelamaan menimbulkan tindak balas akibat disertakan dengan sesuatu rangsangan tidak terlazim. Contohnya, bunyi loceng tidak akan memberikan apa-apa makna kepada anjing tetapi apabila disertakan dengan makanan pada setiap kali dibunyikan, maka lama-kelamaan bunyi loceng akan menjadi rangsangan terlazim kepada anjing tersebut. Sinonim pelaziman klasik: Pavlov. |
debris removal clause | fasal pembersihan puin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Fasal yang biasanya tersedia atau disertakan ke dalam polisi insurans kebakaran. Menurut fasal ini insurer akan menanggung liabiliti pembersihan puin. |
coupon bond | bon berkupon | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon yang tidak berdaftar, iaitu kupon faedah disertakan pada sijil bon yang akan diserahkan kepada ejen untuk mendapat bayaran faedah. Pertukaran pemilikan hanya dengan cara menyerahkan sijil kepada pemilik baru. |
industrial development | pembangunan perindustrian | Sosiologi | Tiada | yang membenarkan sesebuah industri baharu dibangunkan. Permit ini disertakan bersama-sama semasa memohon kebenaran merancang. |