discount | diskaun | Ekonomi | Tiada | 1. Potongan ke atas harga barang yang dibeli secara tunai. Harga barang tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dibayar secara ansuran. Diskaun menggalakkan pembelian secara tunai. Sinonim diskaun tunai. 2. Perbezaan antara harga pembelian saham atau aset kewangan yang lebih rendah daripada nilai mukanya. Diskaun ini bergantung pada tempoh matang belum habis dan risiko yang terlibat dengan pemegangan aset tersebut. |
cash discount | diskaun tunai | Ekonomi | Tiada | Lihat diskaun 1. |
trade discount | diskaun perdagangan | Ekonomi | Tiada | Potongan ke atas harga barang yang disenaraikan dalam katalog barang oleh penjual borong atau pembekal kepada peruncit yang dapat membayar hutang lebih cepat daripada tempoh yang ditetapkan. Misalnya, diskaun perdagangan akan diberi jika pembeli boleh membayar dalam tempoh 7 hari bagi suatu pembelian kredit yang diberi tempoh pembayaran selama 30 hari. |
banker's discount | diskaun jurubank | Ekonomi | Tiada | Perbezaan antara nilai muka bil pertukaran atau nota janji, yang dibeli oleh bank daripada pelanggannya dengan jumlah yang dikreditkan ke dalam akaun pelanggan bank tersebut. Perbezaan ini merupakan diskaun yang dipotong oleh bank dan faedah yang dikenakan terhadap tempoh masa pemegangan bil pertukaran atau nota janji sebelum bil itu boleh dibayar, dan dicampurkan pula dengan caj yang dikenakan terhadap darjah risiko yang terlibat. |
discount | diskaun | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Penetapan harga bon atau saham keutamaan di bawah paras nilai muka. |
discount | diskaun | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
no claim discount | diskaun tanpa tuntutan | insurans | Tiada | lih. bonus tanpa tuntutan. |
discount card | kad diskaun | Pelancongan | Tiada | Kad untuk mendapatkan potongan harga bagi sesuatu perkhidmatan. |
discount rate | kadar diskaun | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kadar faedah yang dikenakan kepada bank ahli bagi sekuriti yang dikenakan cagaran. |
discount rate | kadar diskaun | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |