class list | senarai kelas | Perpustakaan | Tiada | Senarai buku atau dokumen yang disusun menurut susunan berkelas yang setiap entri dokumen pula di beri nombor terperinci dan disusun mengikut susunan bernombor bagi membezakan di antara satu dokumen dengan dokumen yang lain. |
alphabetical classed catalogue | katalog kelas berabjad | Perpustakaan | Tiada | Katalog yang mengandungi entri subjek yang luas, yang disusun menurut urutan abjad serta mempunyai pembahagian kecil mengikut topik yang juga disusun menurut susunan abjad. |
alphabetico-classed catalogue | katalog kelas berabjad | Perpustakaan | Tiada | Katalog subjek berabjad yang mengandungi entri subjek yang luas yang disusun mengikut urutan abjad dan setiap pembahagian subnya disusun mengikut urutan abjad juga. |
grizzly | grizzly | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Alat pengasing ketulan pepejal yang berlainan saiz yang terdiri daripada grid batang pepejal yang disusun selari dan dipisahkan oleh jarak ruang tertentu. Kesemua batang logam disusun menyendeng di atas rangka tetap. Campuran ketulan pepejal dijatuhkan di hulu rangka dan mula menggelongsor di atas cerun batang logam. Ketulan pepejal kecil akan jatuh ke dalam ruang di antara batang logam dan ketulan yang besar akan terus menggelongsor. Dengan ini, ketulan pepejal boleh diasingkan menurut saiz tertentu berdasarkan ruang di antara batang logam. |
bubble tower | menara gelembung | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : turus gelembung Bejana berbentuk silinder yang dipasang menegak dan disusun dalam barisan, biasanya diletakkan pada atau di menara loji pemprosesan gas, minyak dan bahan-bahan kimia. Tukup gelembung dan dulang tukup gelembung pula disusun pada bejana tersebut sehingga membolehkan terjadinya proses pemeluwapan. |
holding area | kawasan menahan | Aeroangkasa | Tiada | Kawasan menahan: Kawasan di udara iaitu ruang pesawat udara disusun berselang 1000 kaki ketika menunggu giliran untuk mendarat di pelabuhan udara.,Kuasa kuda yang diukur pada aci keluar enjin.,Kawasan menahan: Kawasan di udara iaitu ruang pesawat udara disusun berselang 1000 kaki ketika menunggu giliran untuk mendarat di pelabuhan udara. |
al-muwashshaḥah | al-muwashshaḥah | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashshaḥah menggunakan istilah baharu yang belum pernah digunakan oleh penyair Arab sebelumnya. Antaranya ialah matla’, dawr, simt, ghusn, qufl, dan kharjah. Puisi ini mula menonjol pada zaman pemerintahan Amir Abdullah ibn Muhammad al-Marwani, sekitar akhir abad ketiga Hijrah atau kesembilan Masihi. Dua orang penyair yang meletakkan asas puisi ini ialah Muhammad ibn Mahmud al-Qabri al-Darir dan Muqaddam bin Mu`afa al-Qabri.,Puisi Arab yang disusun mengikut pola tertentu menggunakan pelbagai rima. Puisi ini dicipta oleh penyair Arab di Andalus (Sepanyol dan Portugal moden) sebagai jalan keluar daripada ikatan puisi Arab tradisional. Al-muwashshaḥah berbeza bentuknya dengan puisi Arab tradisional kerana al-muwashsha |
analect | analek | Kesusasteraan | Tiada | Serangkaian petikan hasil penulisan seorang pengarang atau sekelompok pengarang. Analek biasanya digunakan sebagai istilah generik untuk merujuk kepada judul buku, contohnya, Bunga Rampai Melayu Kuno yang disusun oleh M.C. Emeis, dan Analects of Confucius yang disusun oleh pengikut confucius. Analek berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �yang dikutip�. Analek juga disebut analecta atau bunga rampai. |
arrange geographically | disusun secara geografik | Perhutanan | Tiada | Tiada |
arrange geographically | disusun secara geografik | Pertanian | Tiada | Tiada |